Translate

Tuesday, February 2, 2010

Tembok yang Merkah hendak di Bina Goyong Royong melalui Perhimpunan Haram

 
Gotong Royong Nak Bina Tembok Pecah Melalui Perhimpunan Menjijikkan! Apa lagi yang PKR ingin buktikan kepada rakyat Malaysia secara keseluruhan jika di Negeri termaju dan terpesat di Malaysia mereka telah gagal mentadbir urus?

Tembok Pakatan semakin hari rapuh semakin rapuh. Penggunaan demonstrasi sebagai meraih sokongan sudah tidak berupaya lagi mengabui mata rakyat. Perbezaan Idelogi yang mengancam Pakatan sudah tidak lagi berupaya disembunyikan di bawah carpet. Pembangkang di tiga buah negeri, tidak termasuk Kelantan, sudah hampir membakar jambatan perhubungan seperti Dr. Jeffrey membakar Jambatan dengan PKR di Sabah.

Bulan yang putih sedang gerhana di Penang, Selangor dan Kedah setelah malap di Perak. Bulan Sabit pula diselaputi mendung. Jika semuanya malap, roket akan terbang sendirian membawa misinya.

Di Selangor, ketidak rasa hormatnya PKR kepada MP Kuala Selangor yang sedang sakit telah membawa kepada kepada jatuhnya MB Khalid Ibrahim sebagai Ketua Cabang PKR Kuala Selangor. Pertama kali dalam sejarah politik Negara, Seorang MB dijatuhkan sendiri oleh ahli-ahli partinya sendiri sedang dia smasih berkuasa. AJK PKR kawasan itu memberi alasan "HILANG KEPERCAYAAN dan KEYAKINAN" terhadap pimpinan MB sendiri. Kalut memang kalut. Kekalutan di Kuala Selangor ini adalah ekoran dari gerakan PKR IJOK yang menyatakan alasan yang sama yakni HILANG KEPERCAYAAN dan KEYAKINAN" kepada MB. Bagi rakyat Malaysia, peristiwa ini cukup jelas menggambarkan kegagalan PKR secara keseluruhan memandangkan Selangor Negeri yang terkaya dan terpesat membangun di Malaysia tetapi gagal ditadbir urus oleh Pakatan Rakyat.

Apa lagi yang PKR ingin buktikan kepada rakyat Malaysia secara keseluruhan jika di Negeri termaju dan terpesat mereka telah gagal?

Di Pulau Pinang LGE bersikap seperi "lipas kudung" dan diktator membersihkan penempatan dan kawasan perniagaan Kaum India dan Melayu. Formula orang DAP dikaliskan peraturan dan undang-undang sedang diperhebat di Pulau Penang. Manakala orang Melayu dan India terus meratapi nasib mereka yang kehilangan rumah tempat berlindung keluarga dan gerai tenmpat berniaga mencari rezeki yang halal. Seolah-olah bagi LGE, orang luar Penang, sudah tiada esuk baginya lagi. Seperti LGE menyedari bahawa kekuasana Pakatan Rakyat hanya sementara dan bakal expire pada bila-bila masa terutama menjelang PRU13.

Maka, tidak hairan bila Datuk Zaharin Hasyim mengatakan LGE chauvinist, diktator dan bersifat komunis. Kenyataanya pula disokong oleh wakil rakyat Nibong Tebal Tan Tee Bing yang mengatakan LGE memang Berat sebelah. Berat sebelah DAP lah maksudnya. Berikutan  itu, Zaharin meminta kepimpinan PKR supaya hubungan PKR dengan DAP dikaji semula. Kenyataan ini tidak jauh bezanya dengan kenyataan Karpal Singh yang meminta DSAI Bertaubat!

Di Selangor, tindakan menghukum Khalid Abdul Samad, MP Shah Alam, dan memberi amaran kepada Dr. Hassan Ali, Pesuruhjaya PAS Selangor, hanya kelihatan sebagai  tindakan "to please" DAP. PAS sanggup menghukum pemimpinnya kerana semata-mata menjaga hati DAP.

Di Negeri Sabah dan Sarawak, PKR tidak perlu bermimpi lagi. dalam PRU Sarawak . PKR Membuang masa. Mereka sudah ditolak terlalu awal. Pemimpin yang tegar tidak pernah kalah dalam PRU, .Jawah Gerang telah kecundang di tangan pendatang baru meskipun PKR berjaya mengajar anak-anak kecil yang tidak faham politik untuk menyanyi lagu reformasi dan altantuya.

Penggubah lagu altantuya pula berada di Mahkamah menghadapi Kes LIWAT II.

Azan Ismail, Selaku MP Indera Mahkota, merangkap Timbalan Pengerusi 2 PKR Negeri Pahang pastinya lebih tahu kenapa dia meletakkan jawatan dalam PKR. Rakyat tahu Fauzi Abdul Rahman Pengerusi  Perhubungan PKR Pahang, sama seperti  yang YB Zul kata terhadap Zaid Ibrahim , "Sampah UMNO". Alasan Azan sama HILANG KEPERCAYAAN dan KEYAKINAN" terhadap pimpinan PKR.

Saya tak perlu cakap mengenai Kelantan. Sudah cukup banyak isu sehingga Pemimpi UMNO, Tengku Razaleigh terpaksa turun dan datang membantu. Kadar Jenayah di Kelantan pula meningkat antara yang tertinggi di Malaysia. Itu sudah cukup mencalar imej Negeri Serambi Mekah. Saya nak skip "cahketing"..Sukar difahami.

Nah, HILANG KEPERCAYAAN dan KEYAKINAN", HILANG KEPERCAYAAN dan KEYAKINAN, HILANG KEPERCAYAAN dan KEYAKINAN". Bukankah ini pertanda dan petunjuk jelas bahawa tembuk Pakatan Rakyat Merkah dan Tsunami mula menyerang. Jika pemimpin Pakatan Rakyat sendiri hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap pimpinan Pakatan Rakyat, bagaimana pula pendangan orang biasa dan orang kita.

Apakah Tembok yang Merkah hendak di Bina secara Goyong Royong melalui Perhimpunan Haram atau rakyat akan bertambah jijik dengan dengan perhimpunan haram itu?

3 comments:

Anonymous said...

PR tidak akan mampu bertahan di PRU 13.. rakyat sendiri sudah berbicara di kedai kopi akan setiap kejadian dan impaknya.

Unknown said...

Pakatan Rakyat ; DAP menjadikan PKR sebagai gundik dan PAS sebagai hamba tebus!

Pakatan Rakyat ; PAS-PKR melacurkan badan mereka untuk memenuhi kehendak jiwa DAP!

Pakatan Rakyat ; Eksperimen yg amat merbahaya buat org melayu!

CINTA DUNIA said...

Sdr Liza,
sesekali pulang ke sini, lihatlah juga negeri ini? Ekonomi maju tapi mereka kata masih negeri miskin, bagaimana ini, kehidupan rakyat terhimpit dan masalah PTI tidak pernah dapat diselesaikan oleh BN/UMNO...Apa pula komen anda ? Sabah tidak pernah diperintah PR dan sudah 16 tahun UMNO memerintah Sabah tapi....apakah tidak masih indah khabar dari rupa ? Janganlah mengata dulang paku terserpih..