Translate

Thursday, February 4, 2010

DSAI dan LGE: Bilakah mereka meletakkan jawatan?

Hanya Allah SWT yang melihat. Tunggulah hukumanNya di Dunia dan akhirat. Taubatlah.
"DS Anwar Ibrahim harus bertaubat. Dia banyak melakukan kemusnahan. Dia perlu diganti dengan pemimpin PR yang baru, pemimpin yang baik"-Karpal Singh.
Mereka yang mengikuti perkembangan Pakatan Rakyat secara dekat dan konsistant tentunya tidak mudah terkejut apabila berlaku "breaking News" mengenai PAS, PKR dan DAP. Warna warni dan budaya Pakatan tiga parti ini tidak sukar difahami kerana gembar gembur politik mereka yang sering memasarkan idea perubahan mereka yang masih juga belum laku-laku dan tidak laris.

Karpal Singh yang menjadi peguambela DSAI dalam Sodomi II pernah mendesak DSAI a.k.a OKT (orang kena tuduh) supaya bertaubat kerana telah banyak melakukan kemusnahan seterusnya meletakkan jawatan dan diganti dengan pemimpin baru, pemimpin yang baik. (lihat video klip). Pendirian Karpal Singh masa itu adalah pendirian politiknya yang tiada kena mengena dengan sifatnya sebagai penguambela OKT dalam kes Sodomi II.

Berbanding kejatuhan Perak ke tangan BN, kes Sodomi II lebih serius dan berat. Oleh itu DSAI, jika dilihat dalam konteks pendirian politik Karpal Singh, sepatutnya "bertaubat dan resign" sebagai De-Facto-Leader PKR kerana lebih banyak melakukan kemusnahan "secara moralnya" ke atas Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat "needs a new leader, a good leader", meminjam kata-kata Karpal Singh.

Di Negara yang mengutamakan ketelusan pemimpin dalam politik seperti Jepun, Korea, England dan Amerika dan lain-lain, jika kes seperti OKT ini, tentu sudah siang-siang lagi meletakkan jawatannya atau didesak rakan-rakan dan lawannya untuk meletakkan jawatan.

Jika pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat dan sesetengah pemimpin BN mendesak supaya Datuk Nasir Safar, Pembantu Khas Perdana Menteri meletakkan jawatan kerana kenyataannya yang dikatakan berbau perkauam, dan diapun telah meletakkan jawatan, kenapa PR bersikap "double standard". LGE tidak bercakap perkauam tetapi melakukan tindakan yang berbau perkauman dengan merobohkan penempatan orang India dan orang Melayu serta memusnahkan permis perniagaan mereka sedangkan permis perniagaan kaum LGE sendiri diberikan pengecualian atau dibiarkan. berleluasa. Bukankah melakukan tindakan yang berbau perkauman lebih dasyat dari mengeluarkan kenyataan mengikut fakta sejarah yang berbau perkauman seperti yang dilakukan oleh Datuk Nasir Safar?

Oleh yang demikian LGE perlu resign kerana bersikap perkauman. Lebih dari itu dia dituduh bersikap diktator, chauvinist dan bersifat komunis oleh Datuk Zaharin Hasyim MP (PKR) Bayan Baru. Tan Tee Beng (PKR) Nibong Tebal, Penang pula mengatakan "Lim Guan perlu diganti". kerana sikapnya yang arrogant dan kebanyak tindak tanduk, keputusannya meragukan dan bersikap berat sebelah DAP. Tambahnya, pemimpin "payung terjun" seperti LGE akan menjadi masalah besar kepada "Pakatan Rakyat" menjelang PRU13 jika tidak diganti.

Di tengah-tengah kekalutan PR Pulau Pinang, YB Saiffudin Nasution, Setiausaha Agung PKR pula bercakap dan berlagak seperti pemilik penyesaian masalah. Perlu diingatkan kepada anak muda SUA PKR ini, LGE itu DAP dan DAP kalis (bagi DAP). Bila Saifuddin meluahkan idea merujuk Lim Guan Eng ke Majlis Presiden Pakatan Rakyat, "tunggulah kucing bertanduk, tanggal dan bertanduk lagi" belum tentu ada cerita mengenai tindakan desiplin kepada LGE. Mungkin Saiffuddin yang akan jadi mangsa selepas penyataannya ini. Tunggu dan awas!!.

Bagi Rakyat Malaysia, mereka akan tetap bertanya. Bilakah OKT Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan Lim Guan Eng akan meletakkan jawatan dan diganti?

1 comment:

Anonymous said...

SL...ko mo tengok kucing betanduk, tanggal dan bertanduk lagi??? Ada sini Tuaran... baru sija kuar dari UPKO, mo ramai-ramai gia durang ni hari 28 hb, ngirup sampai modop.. meraihkan kemenangan mereka yang tidak mungkin bakal tiba....!! kalau SL sempat turun, nanti 28 hb bulan...datanglah pi tempat ikan basung tu.....