Translate

Wednesday, February 3, 2010

PAS lebih percaya Tian Chua dari Hakim Mahkamah Tinggi Malaysia?.

 Hari Pertama DSAI dimahkamah. Spek dia cunn ler. Masih berusaha untuk tangguh tangguh tangguh.  Ramai melihat bahawa tindakan itu mencederakan kredibilitinya sendiri dalam kes ini.

Rakyat Malaysia kini harus lebih berhati-hati dan lebih bijak menelaah dan menganalisa fakta. SL sudah merasakan bahawa Rakyat Malaysia sudah muak dengan permainan politik yang memutar belit fakta dan menyelimuti kebenaran.

Penulis dalam Harakah Online Wong Choon Mei (kata sahabat saya dah ade pula penulis DAP dalam Harakah!) merujuk Tian Chua (PKR) yang mengatakan “The nation is about to go on another round of agony and humiliation,”. Alahai Tian Chua. baru jee kena hukum "mengiggit polis" dah pandai putar belit. Kenapa tidak biarkan mahkamah menjalankan perbicaraan? Kita nak ikut Hukum Rimba Tian Chua kee? TC nak angkat kaki atau nak main kipas punggung ni hah?

Kenapa pula DS Najib Tun Razak yang merasa malu dengan Kes Sodomi II ini, Najib kee yang  dituduh melakukan sodomi. Laa otak teruk..Patutlah PKR ditinggalkan pemimpin dan penyokongnya. Jomm Tinggalkan PKR lagi. Bukankah Kes Sodomi I, Mahkamah memutuskan bahawa Sodomi telah dilakukan. Mahkamah telah memutuskan yakni ""Judges Confirmed Evidence On Anwar’s Homosexual Activities" Apa kaitan Najib dengan kerja sodomi orang lain?

Rakyat Malaysia sudah mula sedar dan bijaksana. Mereka sudah tidak alpa lagi dengan isu hurah hurah. Bagaimana hendak membandingkan Anwar Ibrahim dengan Aung San Suu Kyi, Pemimpin Pro-Demokrasi Myanmar. Suu Kyi menang dalam pilihanraya dan menuntut keadilan untuk mentadbir, mendemokrasikan Myanmar. DSAI tak menang pilihanraya tapi nak merampas Puterajaya dan menggoda MP BN dengan mengatakan "He has the Number" WHERE IS THE NUMBER DATO SERI?. Sedikitpun tiada persamaan antara DSAI dengan Suu Kyi. Jauh. Su Kyi di Negara yang ditadbir JuntaTentera manakala Malaysia ditabir mengikut Demokrasi. Saya yakin Suu Kyi lebih suka dengan sistem Malaysia sekarang ini dari sistem  yang diamalkan di negaranya sendiri.

Wong Choon Mei juga menulis "Un-Islamic, where are the 4 witnesses?". Ini Qazaflah nie. Rakyat Malaysia sedar mengenai hukum ini.  Tak perlu Wong tanya. Tapi kita tanya Wong, Kalu nak buat sodomi ini nak bagi 4 orang tonton kee? kalo buat juga tapi tak ada 4 orang tonton jadi halal kee?

Wong juga mengetengahkan UN Human Rights Commission guidelines which define a fair trial as one where both defense and prosecution have access to the same key evidence". SL sarankan Wong baca balik apa yang dirujuk. UN cakap "FAIR TRIAL". UN tidak cakap fair WITHOUT TRIAL", kerana langkah sebenar pasukan pembela DSAI ialah menjurus kepada NO TRIAL. Nak tanya Rakyat Malaysia, bijakkah Wong ini sehingga boleh memutar belitkan fakta UN?. Bukankah mahkamah sudah memutuskan bahawa semua evidences itu akan dibekalkan dalam mahkamah apabila dalam perbicaraan BUKAN di luar mahkamah tanpa perbicaraan. Wong tak iktirafkah Undang-Undang Dalam Negara Malaysia ini?

Apa yang saya faham ialah pendakwa dan pihak Saiful Buhari Azlan juga kena membuktikan bahawa Anwar telah memasukKan XXXXX dalam XXXXXnya. Kedua-dua yang mendakwah dan yang didakwa kena membuktikan pertuduhannya betul atau salah dan para hakim menilainya "without reasonable doubt" melalui keterangan. Soalnya Tangguh..Tangguh...Tanggguh dengan sendirinya telah mencederakan kredibiliti DSAI dalam kes Sodomi II ini.

Apakah jika YB. Shahrizat Abdul Jalil yang Perdana Menteri, maka Shahrizat juga akan dipersalahkan mengenai kes sodomi orang lain atau Jika DR. Syed Azman Syed Nawawi yang Perdana Menteri maka dia juga dipersalahkan ke atas sodomi orang lain?. Takkan "Pukul Curi" orang lain Najib yang dipersalahkan!!. Tak adillah macam tu...

Akhir sekali SL nak ingatkan Wong dan TC, (takut  mereka ini terlupa,) ...........HAKIM-HAKIM DI MAHKAMAH ITU BUKAN KAMU BERDUA, . Jadi, janganlah pandai-pandai buat keputusan.

-noreen pj

RELATED
1.HARAKAH ONLINE: Najib slammed for unfair, un-Islamic trial against Anwar BY WONG CHOON MEI

1 comment:

Anonymous said...

Apa salahnya dia nak caya kat sape...
kau ingat PAS asal ISLAM tak bole la caya ngn orng ISLAM..apa orng ISLAM tak penah tipu orng ISLAM KE???