Translate

Tuesday, November 23, 2010

PKR; BILA SENJA BERLABUH


Bagi Jeffry Kitingan yang pernah membakar Jambatan dengan PKR, moleklah menjadikan PKR sebagai "Nostalgia" yang hitam. "Dok, you really dont belong in PKR..katakan pada Kalakau..kalahlah kau"

Kekalahan teruk PKR dalam PRK Parliment Batu Sapi, Sandakan, Sabah bukan sekadar menelanjangkan kelemahan Pembangkang di Sabah, tetapi sekaligus menerangkan lagi bersuluh sifat authoritarian deFacto leader PKR DSAI. DSAI, dengan kuasa yang ada padanya, telah memilih "orang luar" untuk dicalonkan dan mengenepikan wakil yang mewakili rakyat kawasan dari kawasan, untuk kawasan. Lebih jauh dari itu DSAI mengenepikan idea rakyat yang menjadi ahli PKR di kawasan Parliment Batu Sapi dengan menolak calon pilihan mereka.

Akibat sifat Authoritarian ini ramai pemimpin PKR meninggalkan PKR sebelum hari pengundian.

Dr. Jeffrey Kitingan sendiri meninggalkan PKR dan seorang lagi penasihat khas PKR Sabah  (biarlah rahsia) sudah pun meninggalkan PKR Sabah. Selain dari mereka yang diheret DSAI ke tindakan tatatertib kerana bertindak mendaftarkan Parti Cinta Sabah hampir pasti mengucapkan selamat tinggal PKR. Datuk Nahlan Haji Damsal bekas AMT PKR Sabah sudah pun terang-terangan meninggalkan PKR dan membantu calon SAPP dalam PRK Parliment Batu Sapi.

Impian PKR untuk satu lawan satu dalam PRU 13 adalah retorik dan igauan ngeri. Batu Sapi menceritakan segala-gala.

Jika Kan Wan tak kelihatan batang hidungnya dalam beberapa perhimpunan dan rapat umum PKR, nyatalah dan benarlah PKR adalah parti yang "SELF DESTRUCT" dan perosaknya tak lain dan tak bukan DSAI..berundurlah wahai DSAI..Kini orang PKR sendiri meminta DSAI berundur. Hanya musuh-musuh dan mereka yang berniat jahat di luar negara akan bersimpati dengan gagasan DSAI..insaflah DSAI, itu adalah gagasan yang SESAT.

Senja sudah berlabuh buat DSAI. Lenalah dengan mimpimu menawan Puterjaya. Layanlah mimpimu.. After all, dreaming is FREE.

2 comments:

Helang Buana said...

BLOG YANG MANTAP. MOHON LINK KAN BLOG SAYA
http://helangbuana.blogspot.com/

http://mulutmelayu-realiti.blogspot.com/ said...

1. Salam perjuangan dari pengendali blog "mulutmelayu-REALITI"

2. Blog tuan telahpun di'link'kan di blog mulutmelayu-realiti.blogspot.com untuk sebaran dan bacaan kepada pelawat-pelawat blog.

3. Jika tuan menggunakan 'Free Feedjit Live Traffic Feed' di blog tuan sila klik "Show where visitors came from:" pada settingnya bagi mengetahui dari blog mana pelawat itu datang sebelum melawat blog tuan. Sila rujuk "Feedjit" di mulutmelayu-REALITI

Sekian, semoga tuan sudi menyenaraikan blog ini di dalam blog tuan.

Terima kasih.