Translate

Wednesday, May 27, 2009

Perkara terakhir dalam perhatian saya-Anifah



Datuk Anifah Haji Aman - "Perkara terakhir dalam perhatian saya"

Dato’ Seri Anwar Ibrahim (DSAI) akan menyaman Datuk Anifah Haji Aman, Menteri Luar Malaysia, atas kenyataan dan dakwaanya bahawa Anwar menawarkan jawatan “besar’ kapada Anifah jika dia bertindak melompat ke Pakatan Rakyat. Jawatan itu tinggi sehingga ke jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Lebih dari itu Anwar juga dikatakan bertindak menawarkan untuk membeli beberapa orang MP sekiranya mereka melompat ke PR meninggalkan BN.
.
Tidak ramai MP yang membuka mulut mengenai ”tawaran ganas” itu. Cuma Datuk Abdul Rahman Dahlan, MP Kota Belud, Sabah, telah tampil mengeluarkan kenyataan yang tertulis dimedia tempatan bahawa tawaran itu berbentuk monetari yang tidak akan habis dibelanja (dalam situasi yang normal) sampai ”tujuh keturunan”.

Bagi Anifah, saman Anwar itu adalah perkara yang terakhir dalam perhatiannya. Tidak menjadi keutamaan atau remeh. Saman menuntut gantirugi RM100 juta itu akan dikemukakan oleh peguam Anwar, Sankara Nair hari ini didahului dengan tuntutan mohon maaf sesegera mungkin dari Anifah di atas kenyataannya itu. Semuanya bertitik tolak dari gagasan 916 yang gagal.
Upah dan gantirugi itu hak. Adakah hak mereka menyaman DSAI, menuntut gantirugi kerana mereka membentang banting, membanting tulang sedang janji manis 916 menghampakan harapan mereka malah mencemar imej mereka di mata umum?
.
Soalnya kenapa tidak ada seorangpun rakyat Malaysia yang telah turut berdemo ”membentang banting, membanting tulang” meninggalkan orang tersayang di rumah dan meninggalkan tanggungjawab dan mata pencarian semata-mata kerana menggenggam harapan mereka melihat perubahan dalam kerajaan seperti yang DSAI janjikan?. Kenapa tidak seorangpun muncul dan bertindak menyaman Anwar atas kegagalannya merealisasikan janji manisnya 916 itu?. Tidak adakah peruntukkan dalam undang-undang Malaysia membenarkan rakyatnya menuntut ganti rugi terhadap termusnahnya segenggam harapan kerana janji manis yang tidak kesampaian itu? Atau akan terbayarkah lelah mereka hanya dengan melebel bahawa DSAI itu bohong mengenai 916?

2 comments:

Tok Sulaiman said...

Pesan saya kalau masuk mahkamah nanti untuk mendengar kes itu, jangan lupa bawa bersama ubat cap tiga kaki. Takut pekung di dada itu contigeous mcm H1N1. Atau ajak kawan-kawan pakai baju kalis jangkitan warna hitam?

JomoSamaTuaran said...

hmmm... kalau samanpun...takkan kemana juga, lepas tertangguh-tangguh...anwar jumpa anifah, kita settle luarlah geng....!! Orangpun dah naik muak dengan cerita kelakar yang anwar buat ni.. apalagi geng2 dia dalam pakatan pembangkang tu... teresa saman, karpal saman, khalid flinstone saman...semua saman, nanti..saya saman pula durang ni dengan surat jemputan kahwin anak buah saya pada 30-31 may ni... baru padan batang hidung durang.....!! Senjaliza...jom lerr datang, ikut jalan Sabandar Resort Tuaran tu...nampak orang ramai-ramai, tu lerr rumah JomoSama...