Translate

Thursday, May 28, 2009

SEMUA perlu gembleng tenaga selamatkan Islam

Kenyataan yang saya persetujui:

"........Penganjuran muktamar saban tahun sebenarnya adalah untuk melakukan muhasabah diri setiap ahli parti atau ahli gerakan Islam dalam rangka untuk menyelamat, memperkasa, menabalkan Islam sebagai cara hidup umat dalam segenap aspek. Islam perlu diusahakan sehingga ia dapat diterima oleh segenap lapisan bangsa manusia khususnya dalam negara Malaysia sebagai agama penyelamat dan pembawa rahmat seluruh alam......... "

"......Dalam muktamar, lupakan persoalan yang kecil-kecil yang tidak boleh memberi input kepada Islam dan parti, kerana mengislamkan masyarakat adalah agenda yang lebih penting daripada segala-galanya, justeru setiap kelompok dalam PAS ada jabatan dan unit tertentu yang boleh difungsikan sebagai badan sokongan untuk tujuan tersebut........."
.
"........Boleh dikatakan bahawa Islam sejak akhir-akhir ini menjadi mangsa permainan politik pihak tertentu yang begitu ghairah untuk mencapai impian yang dicita-citakan walaupun melanggar prinsip matlamat tidak menghalalkan cara, bukan sahaja melanggar peraturan agama Islam sebagai agama tertinggi negara, tetapi melanggar peraturan yang dibuat sendiri oleh manusia....."

HARAKAH DAILY ONLINE.

No comments: