Translate

Monday, May 25, 2009

POLITIK ALA PR DAN PESTA KAAMATAN SAPP

Gambar: Datuk Yong Teck Lee melepaskan ayam sabung sempena perasmian Pesta Kaamatan di Kampung Saupi Daerah Nabawan. Ada amalan, upacara dan tradisi sabung ayam kee dalam Perayaan Pesta Kaamatan? Frankie Chong (SAPP) di belakang YTL itu adalah Timbalan Speaker DUN Sabah. Bila nak resign? Takde Perasaan malu kee? http://senjaliza.blogspot.com/2009/05/raymond-tan-sudah-buta-pendirian.html

Semua maklum bahawa Yong Teck Lee adalah mangsa spekulasi politik. Spekulasi konon kerajaan Barisan Nasional akan runtuh berikutan dengan keputusan PRU12 yang berakhir dengan lima kerajaan Negeri jatuh ke tangan pembangkang. Kini tinggal empat setelah pembangkang kehilangan majoriti di Perak.

Gambar : Keakraban Yong dengan DSAI semasa kedua-duanya berada dalam BN menjadi perangsang dan senjata DSAI memerangkap Yong dan SAPP.
.
Spekulasi politik juga hampir mengheret Datuk Anifah Haji Aman, Menteri Luar Malaysia dan penyokong-penyokongnya ke kancah politik berkonfrontasi dengan kerajaan, satu ideologi yang menjadi amalan Pakatan Rakyat sejak kewujudannya melalui bibit-bibit reformasi.
.
PR, apabila merasakan bahawa kedudukan mereka terancam dan tersepit, mereka mula menawarkan pertemuan dan perundingan dengan kerajaan. Ini ditunjukkan dengan tawaran oleh Dato Seri Anwar dan Lim Kit Siang yang ingin menemui Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak bagi mencari penyelesaian krisis politik di Perak setelah menyedari mereka berada dalam situasi "disadvantage" kerana kehilangan majoriti kerusi DUN Perak.

Teringat saya Perang antara Kalifah Ali (A.S) dengan Muawiyah dalam sejarah Islam. Muawiyah telah menawarkan perundingan damai dan sanggup menyerah dan meletakkan Al-Quran di hujung pedang atau senjata sebagai tanda perdamaian. Namun apabila berada dalam kumpulan Khalifah Ali (A.S) dan mengetahui kelemahan kumpulan Khalifah Ali (A.S), Muawiyah telah merencana dan merancang untuk menyerang, dan akhirnya menyerang Khalifah dari dalam. Ternyata tawaran perdamaian itu hanya satu muslihat.

Mujurlah perundingan dengan DSAI dan LKS itu tidak menjadi dan akhirnya Perak dapat dikembalikan kepada keadilan legitimate setelah Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa Dr. Zambery adalah MB yang sah kerana memiliki majoriti di DUN Perak. Terimalah kenyataan majoriti ini.

Dalam kes Datuk Yong Teck Lee, dia tidak dapat mengelak "keterjerumasan" ke kancah ala politik PR itu kerana perencanaannya dengan DSAI telah diketahui umum sejak awal. Akhirnya dia terperangkap dengan mainan politik DSAI. SAPP keluar BN tetapi sebilangan pemimpin kanannya tidak turut serta. Raymond Tan, Tham Nyip Shin, Au Kam Wah dan Pemimpin Kemajuan Rakyatnya tidak setuju dengan tindakan itu. Mereka meninggalkan SAPP. Kalau SAPP mengatakan SAPP tidak berpecah; apakah gambaran sesuai kepada keadaan pemimpin-pemimpin SAPP dan ratusan malah ribuan yang meninggalkan perjuangan SAPP itu?

Memanglah tidak salah Yong dan SAPP meninggalkan BN. Dulu pun Yonglah yang menjadi pengayuh dan pengemudi utama gagasan PBS meninggalkan BN. Tanyalah pemimpin PBS kini. Tanyalah juga SAPP yang ada dalam parti sekarang...Adakah Penyesalan meninggalkan perjuangan bersama-sama rakan-rakan parti komponen Barisan Nasional Negeri seperti PBS, UPKO, PBRS, LDP, UMNO. Gerakan, MCA , MIC dan PPP di hati kecil mereka yang sebenar-benarnya? Adakah Yong marahkan Pak Lah yang tidak melantik Yong sebagai "Senator" atau jawatan setanding menyebabkan Yong meninggalkan semua rakan-rakan dalam komponen?. Kenapa marahkan nyamuk kelambu dibakar?

“Kalau pun sekarang saya berada di pihak pembangkang tidak baiklah kalau tujuan FMU itu dipolitikkan dan diputar-belitkan sehingga mengelirukan rakyat,” kata Presiden SAPP itu semasa Pesta Kaamatan SAPP di Nabawan.

Agak terkial-kial otak memikirkan bila dia kata jangan politikkan dan putar belitkan FMU dalam suasana Perayaan Pesta Kaamatan. Rasanya saya ingin cuba mengingatkan bahawa Pesta Kaamatan itu satu perayaan Negeri yang tiada kaitan dengan FMU. Bukan untuk dipolitikkan. Kenapa Yong berucap menggunakan "lagu dan irama politik sambil menari politik; dan barangkali makan dan minumpun politik; jika dia sendiri mengatakan "jangan politikkan". Sebaiknya janganlah berpolitik semasa merayakan "Perayaan Negeri dan Perayaan Kebudayaan sperti Perayaan Pesta Kaamatan itu". Ikutilah norma perayaan itu. Hormatilah semangat Kinohingan, Bambazon dan Huminudon.

3 comments:

mrakunman said...

Yong Teck Lee adalah manusia oportunis. Dahulu semasa dalam PBS, Yong Teck Lee okesteranya keluar BN tahun 1990, mengakibat UMNO masuk sabah. Melalui PRU-12, gara-gara tidak dapat kerusi untuk bertanding, maka sikap oportunisnya keluar lagi, dan bahawa SAPP keluar pula.

DUSUN ORE.. said...

Dear Yong Teck Lee
Sabung Ayam..Pleazzzze.NOOOOO.Do do not contaminate our celebration with your gambling attitude. Take your "gambling balls" somewhere. Do some respects please . NOT SABUNG AYAM. Thats insulting!

JomoSamaTuaran said...

Good job sis.....
Blog tambah menarik dan berisi padat dengan sumber2 yang bagus... SABAH BAGUS BAH......

Apa yang nak diherankan...SAPP(Sup Ayam Panas-Panas). perghhh....
Sekarang...siapa salak siapa??? Botak,botak......!! Nah ambik 1 sen ni....