Translate

Thursday, September 25, 2008

JANJI TERANG BULAN YANG BARU.

Menurut Tian Chua (Ketua Penerangan PKR), tarikh baru pembentukan kerajaan Pakatan Rakyat telah ditukarkan kepada 1 Oktober 2008.

Kemungkinan tarikh tersebut akan bersamaan dengan tarikh Umat Islam merayakan Hari Raya Aidilfitri. Saya terus tertanya-tanya; adakah PR sebenarnya bercakap benar atau sekadar janji terang bulan? Pertukaran kerajaan ini adalah satu perkara yang besar. Barangkali ini disengajakan supaya perkara besar ini tidak menjadi kenyataan dan momentum dan talian hayat tetap masih dapat digunakan?. Siapa yang umum? Kenapa Tian Chua yang umumkan bukan DSAI? Takut dicap pembohong atau takut tak mampu menjadikan rakyat permainan?.

Apakah tukar kerajaan ketika umat Islam berhari raya Aidilfitri? Sesudah 16 dan 23 September tinggal angan-angan, ada pula kenyataan baru untuk terus mengelirukan rakyat. Bilakah Anwar Ibrahim akan memohon maaf ke atas 916 dan 239? Janji TERANG BULAN YANG KE BERAPA INI?

Bacaan Tambahan....

Mimpi Yang Tidak Menjadi Kenyataan

http://www.drkhir.com/2008/09/mimpi-yang-tidak-menjadi-kenyataan.html

Anwar's lying again, says PM

http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Thursday/Frontpage/2352982/Article/index_html

Sunday, September 21, 2008

THE NEXT KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA

BERANI BERUBAH

THE NEXT KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA,

DATO' MUKHRIZ TUN MAHATHIR

"Dalam keadaan gejala rasuah politik yang sedang berleluasa dalam negara kita sekarang ini, keyakinan saya untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda terhakis. Kalau amalan ini dibiarkan berlaku pada masa ini, saya tidak yakin akan mendapat cukup pencalonan," - Dato' Mukhriz Mahathir

The UMNO branch meetings are tainted with money politics. Even top UMNO leaders have lamented on this scourge that is paralysing UMNO. This year's UMNO meetings and elections will be the dirtiest ever with the malignant signs already evident at the grassroots level. Can ordinary UMNO members win the battle against money politics that has its roots at the highest level of our party? Why are only lower-tier UMNO members brought to book? Caesar to his generals commanding the legions must be incorruptible.

UMNO will not survive this plague, especially when potential leaders who want to rejuvenate and revitalise UMNO are "eliminated" in this way. What happens to our "Perjuangan yang belum selesai?"
.
SHARE...

http://senjaliza.blogspot.com/2008/09/next-ketua-pemuda-umno-malaysia.html

TERESA KOK DIHIDANGKAN MAKANAN ANJING SEMASA DI TAHANAN ISA!?

Music pls..wow. woww.."Who lets the dog out"?!!
(Gambar Hiasan)
Cerita Teresa Kok dihidangkan makanan anjing semasa dalam tahanan ISA mengingatkan saya tentang tindakannya membesar-besarkan kes seorang "wanita warganegara cina" yang kononnya ditahan polis dan dibogelkan semasa pemeriksaan keselamatan.

Malaysia terpaksa memohon maaf kepada Negera Cina mengenai cerita yang dibesar-besarkan Teresa Kok itu. Namun akhirnya "warga negara cina" yang dikatakan Teresa Kok itu sebenarnya Warga Negara Malaysia dan orang Melayu.

Malaysia telah memohon maaf kepada Negara Cina tapi Teresa Kok seolah oleh "tertawa sinis" dan "cuci tangan" tanpa memohon maaf ke atas pembohongan yang dilakukannya. Seolah olah anda juga boleh sembarangan berbohong jika anda "subscibe" kepada pegangan Teresa Kok kemudian anda juga tidak perlu memohon maaf walaupun "menyusahkan orang lain" atas perbuatan anda.

Nah! kini cerita Teresa Kok di hidangkan makanan anjing semasa dalam tahanan ISA. Saya tidak suka mengulas lagi. Cuma nak tanya Teresa "SEDAPKAH MAKANAN ANJING ITU?" Adakah makanan anjing itu "made in China"?.

Saturday, September 20, 2008

BEBERAPA PEMBOHONGAN YANG NYATA

Saya tidak pernah menyangka bahawa Tuan Seikh ini pakar bermain kata-kata @ BOHONG sehingga sebilangan rakyat taksub terhadapnya.
Apa hukumnya berdusta @ berbohong di bulan Ramadan?

  1. Anwar menyatakan bahawa 16 September, adalah hari terakhir pemerintahan BN. Tapi akhirnya hanya mimpi. ANWAR BOHONG.

  2. 17 September, Anwar bilang rakyat akan tahu senarai 31 MP BN yang bakal melompat pada 17 September- Anwar konon akan umumkannya. ANWAR BOHONG.

  3. Anwar menjelajah Indonesia mengatakan bahawa rakyat Indonesia di Malaysia di dera di Malaysia. Hakikatnya Indonesian sesama mereka saling berbunuhan di Malaysia. Mereka juga terlibat dalam gangsterisme dan kegiatan pecah rumah. Terakhir pembunuhan suri rumah isteri seorang pesara dan pemilik perniagaan pelancongan. Mereka juga jadi ulat tiket bas. ANWAR BOHONG

  4. Ekonomi Malaysia konon akan ranap dalam masa terdekat. Ternyata pekerja Indonesia masih lebih tertarikh ke Malaysia kerana ekonomi Malaysia menawarkan yang lebih baik. ANWAR BOHONG.

  5. Anwar kata dia hantar surat pada Pak Lah untuk merundingkan peralihan kuasa pada Anwar secara Aman. Ternyata Najib pula yang bakal melakukan peralihan kuasa dengan Pak Lah dan tida perkata pertukaran kerajaan dalam suratnya.. ANWAR BOHONG.

  6. Anwar kata dia ada berkotak-kotak evidence mengenai perbuatan rasuah pemimpin kerajaan. Terbongkar, dia pula guna duit judi seperti yang dikatakan Nallakarupan. ANWAR BOHONG

  7. Anwar kata SAPP akan keluar BN dan terus menyertai PR. Ternya SAPP jadi bebas dulu kerana ramai penduduk kaum cina di Sabah tidak suka kepimpinan Anwar yang ganas yang bakal merugikan perniagaan mereka. Anwar juga kata Zahid Ibrahim menyertai PR. "Mentang-mentang sama nama orang tua@bin, DSAI siang-siang kata Zahir keluar BN dan serai PR. Zahid kata dia masih UMNO dan senator. WAHAI RAKYAT MALAYSIA, SIAPA BOHONG.ANWAR BOHONG.

Kali ini baru kali kedua saya menggunakan lesen saya yang DSAI kurniakan khas untuk saya. Kalau perlu, saya akan gunakan lagi kerana tempoh tamatnya masih lama lagi.

Wednesday, September 17, 2008

Anwar: Public will know crossover list today.

The crowd attending the Malaysia Day celebration organised by Pakatan Rakyat at the Kelana Jaya Stadium yesterday.

Anwar: Public will know crossover list today (17 September, 2008)
KELANA JAYA: The list of Barisan Nasional members of parliament who would cross over to the Pakatan Rakyat will be announced today, PR de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim said last night.

Addressing more than 10,000 people gathered at the Kelana Jaya Stadium for the PR's Malaysia Day celebration, he claimed that the opposition coalition was poised to take over the Federal Government."We have the numbers and we are ready. Tomorrow (today), we will announce it (the crossover list)," he said.

SENJALIZA:
Up until now (17 September, 23.48 pm), not even one name was mentioned.
Should I use my licence again?


MORE....

Tuesday, September 16, 2008

KINI JANJI KU TUNAI SUDAH...

"We have the numbers to defeat BN,"
"We have the numbers to defeat BN,"
"We have the numbers to defeat BN,"
"We have the numbers to defeat BN,"
"We have the numbers to defeat BN,"
"We have the numbers to defeat BN,"
"We have the numbers to defeat BN,"
Barangkali berjuta kali DSAI mengucapkan perkara ini sejak Mac, 2008. Esok, lusa, lusa ulat, minggu ini, minggu depan, bulan ini, bulan depan, tahun ini , tahun depan.... DSAI masih mampu mengungkapkan perkataan ini. You have the numbers BUT you dont have the figures...so what..useless..meaningless..without the figures, the numbers are just worthless.

Saya menyusun perkataan DSAI ini mengikut susunan warna "pelangi" supaya ianya kelihatan indah. MEJIKUHIBINIU-merah, jingga, kuning hijau, biru, nila, dan ungu. Warna pelangi. Indah dan dipuja kerana dongengnya mengatakan bahawa di hujung pangkal pelangi tertanam harta karun berupa emas. Sesiapa yang bisa menemui pangkal pelangi pasti akan hidup mewah dan hartawan sepanjang hayatnya.

Kiranya dua pelangi kelihatan, orang tua-tua saya mengatakan bahawa Puiteri dari kayang dan bidadari sedang bermain-main di halaman istana bersama kekasihnya dan dayang-dayang istana.

Bertapa indahnyapun ucapan DSAI dan gaya dan krismanya sebagai "great communicator" namun apa yang diungkapnya hanyalah seindah pelangi. SEMUANYA FANTASI DAN ILUSINASI YANG KOSONG.
Saya telah berjanji pada diri saya. Kini saya tunaikan janji saya... Saya mohon maaf kerana saya menunaikan janji saya pada diri saya sendiri dengan menggunakan lesen yang dianugerahkan oleh YB. DATO SERI ANWAR IBRAHIM... Saya tak tega..tapi Janji Tetap Janji

Bahawa sahnya pada hari ini 16 September, 2008, DSAI telah gagal menunaikan janjinya. janjinya pada hari ini, 16 September, 2008, DSAI akan menjadi PM dan menggantikan/menumbangkan kerajaan Barisan Nasional. Dengan dengan ini DSAI telah menganugerahkan lesen untuk saya (hanya dalam kontek janji 16 September atau 916 dan BUKAN yang selainnya). Dengan lesen ini saya mengatakan bahawa:- (juga berwarna pelangi)..

"ANWAR IBRAHIM PEMBOHONG"

"ANWAI IBRAHIM PEMBOHONG"

"ANWAR IBRAHIM PEMBOHONG"

"ANWAR IBRAHIM PEMBOHONG"

"ANWAR IBRAHIM PEMBOHONG"

"ANWAR IBRAHIM PEMBOHONG"

"ANWAR IBRAHIM PEMBOHONG"

Sekian terima kasih.

Monday, September 15, 2008

JANJI TETAP JANJI


Kurang 12 jam lagi 16 September, 2008 menjelang. Saya dan senjaliza mengucapkan Selamat Hari Malaysia. Hari ini Senjaliza memasukkan Bendera Malaysia dalam Backdrop Senjaliza sebagai memperingati Hari Malayisa yang ke 45. Semoga keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan akan terus dinikmati oleh seluruh masyarakat negera ini.

Kurang 12 jam juga janji Yang Berhormat Dato' Seri Anwar bin Ibrahim, Ahli Parliment Permatang Pauh dan Penasihat PKR ditentukan. Ini janji beliau yang diungkapkan sejak Mac, 2008. Apapun yang ingin anda katakan saya, saya sudah berjanji pada diri saya bahawa kiranya janji itu tidak ditunaikan maka "saya mendapat lesen saya untuk mengatakan DSAI berbohong". Ini hanya berkaitan dengan janji "916" itu sahaja dan tiada kena mengena dengan soal dan perkara yang lain. Katalah apa yang anda nak kata, saya bakal mendapat lesen itu. Dan lesen itu dikurniakan DSAI sendiri buat saya dengan tidak menunaikan janji 916.. Anda tidak patut marah. dan tidak boleh marah kerana saya ada lesen khas pemberian DSAI...
Bacaan Lanjut....
Perang psikologi Anwar tutup pembohongan

Sunday, September 14, 2008

PERPADUAN JANGAN SEKALI-KALI DIPERLEKEH.


Perpaduan yang menjadi teras kejayaan bagi kita membina negara ini tidak harus sama sekali diperlekehkan. Dunia telah mengiktiraf kejayaan kita membina negara “multiracial” ini ke satu tahap yang membanggakan dan kini kita nikmati kemakmurannya. Sebarang usaha dan tindakan yang dilihat sebagai ancaman kepada perpaduan ini wajib kita tentang habis-habisan.

Ada pihak yang berusaha menyemai bibit-bibit perpecahan dengan berusaha menonjolkan imej dan induktrinasi yang berselindung di belakang tabir keadilan dan hak asasi. Namun ternyata dengan jelas bahawa kumpulan yang sebegini hanyalah mempromosi tsunami yang bakal merobohan jambatan perpaduan dan harmoni yang selama ini kita bina atas titik peluh dan rintih pedih para pejuang kemerdekaan.

Tsunami itu sendiri adalah malapetaka yang dasyat. Kenapa masih ada di antara kita yang harus berbangga dengan berlakunya Tsunami, seperti Tsunami politik. Istilah ini sendiri tidak sesuai digunakan oleh mana-mana pihak yang cintakan keamanan dan kedamaian.

Hari ini kita bebas berpolitik dan bersuara. Pun begitu, kita mesti akur dan menerima hakikat akan adanya batas, norma dan had yang perlu kita pelihara dan hormati. Hakikatnya “kebebasan yang mutlak” itu tidak wujud dan tidak baik. Kebebasan tanpa had, batasan dan ultra akan menjadi ancaman kepada perpaduan rakyat negara kita yang sememangnya mempunyai ciri-ciri yang “fragile”. Musuh-musuh kita telahpun mengenali ciri-ciri yang fragile ini. Kuasa asing terutama penjajah dan musuh kita sudah pasti akan menggunakan kekuatan dan kekuasaannya untuk mengambil kesempatan melemahkan kita semua.

Musuh-musuh kita ini bisa saja menjadi musang yang berbulu ayam. Sementara kita dapat dipergunakan untuk melemahkan Negara kita sendiri, pasti mereka akan menawarkan habuan dan bantuan yang mengalpakan namun bersalutkan darah dan airmata anak-anak dan generasi kita. Mereka pasti akan memanipulasi segala kelemahan dan kesempatan yang ada di hadapan mereka untuk melihat kita berpecah belah dan akhirnya lemah.

Apabila kita lemah kita pasti akan berpaut pada segala kesempatan yang ada untuk memperkuatkan asas dan foundasi kita untuk kelihatan dan muncul sebagai pejuang. Kali ini kita akan menjadi pejuang kepada suku kita, bangsa kita, ugama kita dan para pengikut kita yang fanatik terhadap kepimpinan kita. Kita akan mula berpuak-puak dan akhirnya kita bakal merobohan perpaduan dan keharmonian rakyat dan negara kita yang kita telah bina berabad lamanya dalam jangka waktu yang pendik. Kala itu, negara kita akan lemah. Lalu kita “menyesalpun sudah tidak berguna lagi”. Kita berpecah. Akhirnya kita semua mudah untuk diperkotak katik dan dijajah semula.
.
Jangan kita terhantuk baru kita terngadah.

Atas dasar inilah kita dan para pemimpin kita, politikus semua wajib mengelak dari menggunakan isu-isu yang mengancam keharmonian. Berpolitik dengan menggunakan isu suku kaum hanyalah mungkin memenangkan kita buat sementara dan jangka pendik. Namun kehancuran yang akan diakibatkan oleh kemahuan yang ultra, dengan mudah membuat kita alpa dan cenderung ke arah menafikan had-had dan batas batas kebebasan. Kita alpa bahawa kehancurannya bersifat jangka panjang atau kemungkinan kekal buat selama-lamanya. “Memutihkannya semula tidaklah semudah menghitamkan yang putih”.

Bayangkan kalau Aidilfitri hanya untuk orang Islam, Chrismas hanya untuk Penganut Kristian, Depavali hanya untuk penganut Hindu, Gong Xi Fa Chai untuk orang-orang Tionghua dan sebagainya; tanpa kita sertai bersama; tanpa kita hormati bersama. Generasi kita akan menyesali tindakan kita kerana mereka terpaksa menangisi kerharmonian yang telah kita runtuhkan. Manakala keamanan masa itu barangkali telah pupus telahpun ditelah zaman.

Iraq, Bosnia Herzagovina, USSR, Rowanda, Palestine, Heiti, Selatan Thailand dan Selatan Filipina sudah cukup kita jadikan sempadan. Hendaknya kita mesti merenung jauh dan bertanya diri kita. Apakah yang diri kita inginkan demi “mendaulatkan” negara kita untuk masa depan negara dan generasi kita?.

Elakkanlah mengungkit dan menyelungkar isu kaum, agama dan kepercayaan (adat resam) jika sebenarnya kita cintakan keamanan dan Negara kita-Malaysia. Jika kita gagal, kita tidak lebih dari musuh generasi kita sendiri.