Translate

Saturday, August 29, 2009

RACIST: PAK CIK LIM JENGOK-JENGOK JUGA AKHBAR TU

The cow-head sacrilege an ominous warning that Najib’s first National Day celebration as Prime Minister will go down as a Black National Day if the genii of racism and religious chicanery are allowed to get out of the bottle - Lim Kit Siang.

Beginilah perangai Pakcik Lim ni. Bila dia nampak kepala lembu terus dia attack puterajaya dan Najib. Tapi bila dia nampak kepala babi dia tiam-tiam. Tak mau cakap apapun. Terkunci mulutnya dengan kunci mangga made in Italy. Berat sangat mulutnya memberi nasihat supaya orang lain juga dihormati. Kepala Pakcik Lim ini ada banyak skrew brandnya "Double Standard" made in China.

Pakcik Lim, jenguklah akhbar-akhbar buatan Pakcik Lim yang bertaburan diseluruh negara. Lihat kandungannya. Saban waktu padat, sarat dan tersusun semboyan "perkauman". Common Pakcik Lim ini lagi bahaya. Jengoklah dan jengoklah sebelum melihat kepala Lembu. Fahamkah Pakcik Lim apa itu Lembu Di Cucuk Hidung. Macam kiasu lah... Itulah lembu tu. Orang kampung bilang Abdul Khalid Ibrahim macam lembu dicucuk hidung atau kiasu. Kesian orang kampung,..lama-lama kena halau dari kampung halaman mereka dan kena suruh tinggal di hutan.

Jauh menyimpang kepala Pakcik Lim ini bila dia dengan segera dan menggunakan bahasa bebunga indah dan kaitkan kepala lembu ini dengan Kemerdekaan Negara. Agaknya Pakcik Lim ini tak berbangga dengan Kemerdekaan Negara ini. Kalo begitu Pakcik Lim bolehlah bercuti ke luarnegara 31 Ogos nanti?

Apa yang dia gagal lihat ialah protes penduduk di seksyen 23 , Shah Alam itu sudah lama disuarakan namun masuk telinga kiri dan keluar telinga kanan. Protes itu tidak disertai PM atau TPM seperti protes-protes dan demonstrasi Pakatan Rakyat yangberselindung disebalik NGO.

Protes Kepala Lembu itu dilakukan oleh penduduk yang merasakan bahawa rintihan mereka tidak didengar oleh pemerintah. Seolah-olah pemerintah pekak dan memaksakan program yang mereka bantah. Salah siapa ini?. Adalah salah Najib atau Salah Muyihiddin Yasin? atau ini salah Negara ini kerana merdeka!?.

Negara ini tetap merayakan Hari Kebangsaannya pada 31 Ogos nanti walaupun berjuta kepala lembu bergolek di hadapan Pejabat Menteri Besar Selangor. Ini Salah Kerajaan Negeri Selangor yang memekakkan telinga mereka dan menafikan pendekatan berunding dan musyawarah dengan penduduk. janganlah bersikap seperi kerajaan Israel yang memaksa rakyat Palestine menerima apa yang Israel mahu!

31 Ogos tetap hari Merdeka dan Pakcik Lim jangan mempersenda Hari Kemerdekaan kami. MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!.

TIMING NGAM!

2 September DUN Perak, 3 September Kes Liwat II-Ngam Timing.

Sidang DUN Perak akan diadakan 2 September, 2009. Seluruh perhatian umum akan tertumpu kepada persidangan yang dijangka "ribut" lagi . Manakalah peristiwa lain barangkali akan terabai. Oleh itu memang "timing ngam" bagi Dato Seri Anwar Ibrahim kerana kes liwatnya alias sodomi akan dibicara pada 3 September. DSAI banyak kali "lucky". Ini bagaikan Feng sui "tidak lari punya".

Sekurang-kurangnya perhatian umum akan terbahagi kepada dua tumpuan utama; jika tiada peristiwa panas dari sekarang sehingga 3 September, iatu Sidang DUN Perak dan Kes Lewat II.

Perhatian umum kepada kes Kartika Sari, Arak di Selangor dan penghinaan terhadap Islam kisah demonstrasi kepala lembu, barangkali akan terpadam atau menjadi tawar dalam ingatan kita.

Kiranya selepas hari pertama Sidang Dewan Undangan Perak, ada lagi demonstrasi bakar lilin, si baju hitam dan lilit kepala bubar DUN Perak, ternyata kes lewat II akan langsung tidak diberi perhatian. Ngam betul timing. Lucky betul Anwar...

Friday, August 28, 2009

ISU ARAK SELESAI - DR HASSAN ALI.

Inilah wajah Dr. Hassan Ali kita semasa mendesak supaya Ronnie Liu dilucut jawatannya semasa campurtangan dan isu perrampasan arak di Kedai Serbaneka di Shah Alam. kata Dr kita ni-lebih kurang gulanya.. " Saya resign atau Ronnie dilucut". Mana semua kata-kata itu dihembus bayu?

“Saya tekankan bahawa enakmen ini bertujuan mengembalikan keharmonian dan kestabilan dalam masyarakat serta dalam masa yang sama membina paksi asas dalam masyarakat terutamanya yang menyentuh masyarakat Melayu dan Islam,” Dr Hassan Ali.

Mengikut Seksyen 18 enakmen berkenaan, orang Islam yang mengambil minuman memabukkan di kedai atau tempat awam adalah melakukan kesalahan dan jika disabitkan boleh didenda tidak lebih RM3,000, penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya.

Seksyen itu turut menyebut orang Islam yang membuat, menjual, menawarkan untuk jualan, mempamer, menyimpan atau membeli apa-apa minuman memabukkan boleh didenda tidak lebih RM5,000, penjara kurang tiga tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Petikan di atas dari blog BIAQPILA ....

Kita masih lagi hangat dengan hukuman RM5,ooo dan sebatan 6 kali terhadap Dewi Kartika Sukarno yang ditangguh semantara bulan ramadan, bulan puasa dan Al Mubarak. TGHA kata hukuman ke atas kartika terlalu lebut. Sepatutnya antara 40 hingga 80 sebatan mengikut Hukum Islam. Mufti Perak lagi keras dentuman katanya, 80 sebatan...Inikah yang afdal?

Dengan pengumuman Dr. Hassan Ali pesuruhjaya PAS Selangor nyatalah kepada kita semua bahawa inilah wajahnya dan wadahnya. Sekadar menutupi malunya yang gagal seribu kali gagal mencabar kehendak Ronnie Liu yang dilindungi DAP dan Abdul Khalid Ibrahim MB Selangor yang mulia di mata DAP.

Hukuman yang diterangkan dan diwartakan itu sekaligus menerangkan lagi bersuluh kepada masyarakat Malaysia sebenarnya bahawa pakar motivasi seperti Dr yang satu ini hanya pandai berkata-kata membelitkan lidah namun hukum yang diperjuangkannya sekadar alat dan jauh menyimpang dari dilaksanakan sesuai dengan kehendak syarak selaras dengan apa yang diutarakan oleh TGHA.

Bagaimanapun kononnya "ISU ARAK DI SELANGOR SELESAI"- Dr. Hassan Ali. Tak semudah itu menutup bau hanyir bangkai seekor gajah yang busuk lagi membusukkan..

SELESAI!!!! Mudahnya.... Telur lalatlah! selesai. Inilah akibatnya bila kita keterlaluan mengatakan bahawa "I'm more Islamic than thou". Walaupun statementnya mengatakan "mengambil minuman" tapi seluruh ummah memahami bahawa orang itu akan ambil minuman itu the chances are 99% akan meminumnya di tempat lain. Ataupun apakah maksud mengambil di situ maksudnya "consume"nya?. Ini lagi teruk... NAUJUBILLAH.

Thursday, August 27, 2009

SENDIRI JADI PENDAKWA SENDIRI JADI HAKIM SENDIRI JUGA PUNYA MAHU SENDIRI MAHU SENDIRI SENDIRI

Sendiri juga tuduh ADUN BN buat kecoh dan tidak ikut peraturan!
Sendiri juga tuduh ADUN BN naik meja
Walaupun kao mau sendiri sendiri tapi kami juga tahu sendiri!

Semua tahu, duniapun tahu bahawa kerajaan Negeri Perak Darul Redzwan ditadbir urus oleh kerajaan Barisan Nasional. Oleh itu sendiripun tahu bahawa kerajaan di Perak sekarang ialah Kerajaan Barisan Nasional. Ini berikutan melompatnya 3 ADUN dari Kerajaan Pakatan Rakyat ke Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat kehilangan simple majoriti. Sendiripun tahu tapi sendiripun tak mahu faham atau pura-pura tidak tahu.

2 September, 2009 nanti , sidang DUN Perak akan diadakan. Pelbagai spekulasi dan andaian kemungkinan perkara yang tidak berasaskan "norm" akan berlaku. Penggunaan perkataan "kemahuan rakyat", "kuasa rakyat", "kehendak rakyat" dan "kerajaan rakyat" akan dikumandangkan. Semuanya hanya menggunakan perkataan rakyat atau berselindung atas nama rakyat sedangkan perkara yang lebih jelas dan terang lagi bersuluh adalah kemahuan sendiri, kehendak sendiri dan didorong oleh kemahuan sendiri oleh kumpulan individu manakala yang menjadi mangsa ialah "rakyat".

Awal-awal lagi Sivakumar telah menyaman SUK Perak. Nijar Jamaludin, mantan MB Perak juga sudah menyatakan bahawa kerajaan BN sekarang di Perak adalah "Kerajaan Haram". Umum sudah membayangkan bahawa dengan penyataan itu, persidangan DUN Perak tidak diyakini akan tidak kecoh. Biarpun Nijar Jamaluddin membuat kenyataan bahawa sidang itu kelak TIDAK akan berlaku kekecohan, melihat gelagat pembangkang yang diselaputi oleh keinginan demo, membakar lilin, berbaju hitam dan berarak menunjukkan penentangan, sebarang kemungkina boleh berlaku.

Sesuatu pasti dirancang Nijar bersama kuncu-kuncunya, DAP, yang diketuai "Ngango". Semua masih ingat "gara-gara" yang dilakukan oleh Nijar semasa mengangkat sumpah sebagai MP Bukit Gantang di Parliment sedikit masa lalu sehingga Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia menggantung dia dari menghadiri dua sesi sidang dewan.

kiranya Nijar dan DAPnya masih mengamalkan SENDIRI JADI PENDAKWA SENDIRI JADI HAKIM SENDIRI JUGA PUNYA MAHU SENDIRI MAHU SENDIRI SENDIRI, ketenteraman dan ketertiban sidang DUN Perak pada 2 September nanti sukar diyakini.

Masyarakat luar yang sentiasa memerhati perkembangan politik Perak Darul Redzwan siapakah sebenarnya yang mementingkan diri sendiri dan memutuskan perkara sendiri sendiri.

PETUA BARU SIVAKUMAR

"ehh Kalo ako buat "itupun", so whattt! ako takkan saman Khalid, cayang sama dia. Petua Siva tu dia punya; petua aku lain. Petua ako "Undang gala boleh Pelihara di Chaopraya dan bole goreng di sebalik mee Thailand".

Sivakumar yang terlucut jawatannya sebagai Speaker DUN Perak ekoran kejatuhan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak, menyaman SUK Perak. Intipati saman itu mudah difahami. Namun rengkasnya ialah "dia saman kerana kehilangan jawatannya".

So, dapat disimpulkan bahawa itu satu petua baru ramuan Sivakumar, "boleh saman kalo hilang jawatan!"

So kalo mengikut ramuan petua ini, ramai yang akan kena saman. Tan Sri Nga Talib boleh saman Tun Abdullah; Azalina Othman bole saman Dato Seri Najib Tun Razak. Yang pasti Elizabeth Wong tak akan saman Khalid Ibrahim..!!. Apa-apapun mahkamah yang memutuskan. Anehnya kalo keputusan tidak memihak kepada Sivakumar, mahkamah itu dianggap pro Kerajaan Barisan Nasional, tidak adil dan pilih kasih. Inipun petua baik untuk diri sendiri, tapi zalim untuk rakyat Malaysia yang menghormati kedaulatan undang-undang dan keluhuran perlembagaan.

Cubalah petua ini. Siapa tahu kepala botak berkilat bole tumbuh rambut. Atau sekurang-kurang bermimpi di bulan ramadan ini dapat naik Camry.

Soalan-soalan untuk renungan:
1. Isteri anda kurangkah kasih sayangnya terhadap anda bila anda kehilangan jawatan?
2. Apa asasnya SIVAKUMAR tak faham! dan nak duduk kerusi Speaker pada sidang dewan 2 Sept nanti?. Main Wayang apa ini? Cobra and the Benji?. Pada saat inilah ISA berfungsi dengan TERATUR..
3. Apakah ini bererti "kenyataan" yang gagal dilihat atau penyakit "angau" menyerang? Sila Awasi orang tua anda jangan sampai "sleep walking".

Wednesday, August 26, 2009

SATU LAGI KEJAYAAN KEPADA PAKATAN RAKYAT.

YB Lim Soo Nee, Ahli Dewan Undang Negeri kawasan N. 35 Kulim DIlantik sebagai Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah menggantikan tempat YB Mohd. Radzhi Salleh yang telah keluar dari PKR Ahad lepas. Bila Mohd Radzhi keluar PR, selain YB Zilkifli Nordin, rata-rata menganggap Mohd. Radzhi pengkhianat atau sekurang-kurangnaya kurang kental, solid but not solid enough, memertahankan perinsip perjuangan PR.

Kini satu lagi kejayaan Pakatan Rakyat yang pastinya dapat menggembirakan sekutu mereka, DAP. YB. Lim So Nee sudah pasti lebih mesra DAP berbanding Mohd Radzhi. 1Malaysia sedar keputusan itu pakai main kouta parti segala!. Kouta PKR katakan, bukan kouta Melayu dan bukan juga kouta Islam. Sekurang-kurangnya 1Malaysia sudah melihat bahawa dalam soal kepimpinan sekarang, PAS lebih liberal, PAS lebih flexible. Kita tidak pasti kiranya jawatan Ketua Turus Angkatan Tentera Malaysia, Ketua SPRM dan Ketua Polis Negara diserahkan kepada rakan Pakatan mereka dari DAP atau PKR yang bukan Melayu dan Bukan Islam tetap juga mereka liberal dan flexible. Kita tunggu sahajalah "after all" mereka mengamalkan Malaysian Malaysia. Cuma yang kita tak pasti Malaysian Malaysia ini di mana arah kiblatnya.

Maka setelah sekian lama penduduk negeri hijau kuning ini berjinak-jinaklah dan mulalah belajaq erti "Liberal dan Flexible ala Malaysian Malaysia".

1JARI, 3JARI: 1MALAYSIA TAHU.

Prinsip mana yang anda pilih?
"Sebagai pejuang hak asasi manusia, sepatutnya kita (Pakatan) menjadi orang pertama menghormati keputusan beliau kerana itu adalah hak asasi beliau untuk memilih dan menentukan parti mana yang beliau mahu sertai,...
"Ingatlah setiap jari yang kita tuding kepada orang, tiga jari lagi menuding kepada kita,"
"-YB. ZULKIFLI NORDIN.

Malangnya, de Facto Ketua Umum Pakatan Rakyat awal-awal lagi, sebagai mahaguru kepada gagasan "lawan tetap lawan", telah "terlebih sudah" awalnya mengungkitkan celoteh habuan jutaan ringgit, nikah di selatan Thailand, tuntutan elaun resmi berlebih-lebihan dan sebagainya. So, nak jadikan kawan karib manusia mahaguru ini kena awas. Bila jadi seteru, lubang cacing punya cerita pun dia gali dan gali lagi.

Kalo DSAI tahu terlebih tuntut elaun resmi, kenapa tak lapur SPRM...ooh uh terlupa sudah.. rupa-rupanya DSAI tak juga percaya SPRM. Samalah seperti Ronnie Liu yang tak percata SPRM dan polis. So, report pada rakyatlah walaupun di sepanjang jalan raya dekat Mesjid Jamek. Tapi si Kawan satu nie, maksud saya YB Moamad Radzi ini diam jee. Tak adapun respond. Agaknya dia dengan prinsipnya yang dihormati YB Zulkifli Nordin. Tak adapun dia cakap pasai keputusan Mahkamah Persekutuan dulu yang memutuskan mahaguru nie "salah masuk pintu".

Aku agak heran ngan Mahpoz. Permatang Pasiaq tu memang PAS punya. sejak PRU 12 Tapi dia sebok ternganga sana ternganga sini nak bersedia ambik alih kerajaan persekutuan. MP kurang 30 Kerusi.. Macam mana nie? logik kee...? Jangan-jangan Kedah terpaksa serah kerajaan pula sebab, BN perlu 3 kerusi DUN je lagi.

Di Permatang Pasiaq, bila Mahfoz koyak baju orang dan nampak parut di dada, orang lain pula tarik baju dia.. nampak pula pekung bernanah! eeeikkk. Iku lah petua BUKAN fatwa, fatwa Nik Azizi jee boleh keluaq. Petua YB Zul, satu jari tuan Mahfoz tunding kat orang, tiga jari tunding kat tuan Mahfoz!. Hah tu petua baik tu. Salute ssprrringgg kat YB Zul. Sijil Law dia bukan main beli punya!

Kita nak tanya Tuan Guru Nik Aziz lah pula "Nikah di Selatan Thailand tu sah kee tidak? Kalo tidak, tidak kee Zina namanya? Hukuman? (aku nak join merejam kalo ada chance!!) Kalo sah.. orang persoal dan buat isu, bukan kah itu jadi Fitnah? kalo fitnah yang agak berat macam tu.. bolehkah bawa masuk syurga?

Note: Wakil TGNA jawabpun memadahi kalo benar murid tok Guru... JANGAN MENYAMAR dah le.

NOREEN pj.

Tuesday, August 25, 2009

PILIHAN SELEPAS PERMATANG PASIR.

Jika anda menyuruh saya memilih antara dua gambar ini saya akan undi gambar sebelah kiri. Saya tidak racist tetapi saya rasa keharmonian dan ketenteraman politik Malaysia hanyalah terpancar di antara percaturan UMNO dan PAS.

Keputusam Permatang Pasir telahpun diketahui. Seperti yang diduga, PAS menang dengan majoriti yang besar. Permatang Pasir memang kubu PR kerana ia berada di bawah Permatang pauh, Kawasan Parliment de Facto Ketua Pembangkang, Dato Seri Anwar Ibrahim. Tambahan pula ia berada dalam negeri pembangkang yakni Pulau Pinang. Keputusan itu hanya akan mengejutkan jika Barisan Nasional melalui Rohaizat berjaya merampasnya dari Pakatan Rakyat.

Tahniah kepada PAS kerana dapat memenangi kawasan itu. Pilihanraya berakhir dan masa untuk menunaikan kewajiban kepada ADUN yang baru bermula.

Kalaupun diserahkan kepada saya ballot undi untuk mengundi di Permatang Pasir, amat sukar untuk saya memilih kerana saya menganggap calon PAS dan calon BN dari UMNO, kedua-duanya adalah saudara saya dan sebenarnya mereka bersaudara.

Saya berpandangan bahawa situasi pergolakan politik di Malaysia akan reda jika politik Malaysia diterajui oleh dua parti yang besar yakni PAS dan UMNO. Dalam hal ini, usaha merisisik, menghalang dan menghadang pihak tertentu pasti diberi keutamaan supaya UMNO dan PAS tidak sama sekali dapat bermuzakarah atau berunding mengikut formula yang dipersetujui masing-masing masing..