Translate

Sunday, May 24, 2009

NAJIB dan TOK GURU NIK AZIZ PERLU HIDUPKAN KEIKHLASAN KERAJAAN PERPADUAN BERMULA DI MANIK URAI.

DEKLARASI MANIK URAI??
Saya pernah terbaca buku "Peshawar Night". Buku ini banyak memperkatakan mengenai penyatuan dan perpaduan mengenai Islam yang terdiri dari "Penganut Mazhab Syiah dan Mazhab Sunnah Wa Jamaah dan lain-lainnya. Buku ini banyak menyentuh mengenai persamaan dan cuba menghindari perbezaan yang mengancam perpaduan dan kekuatan. Saya bukanlah pakar penyelidik mengenai "mana yang benar mana yang salah". Namun saya mencintai "kedamaian" dan "perpaduan".
.
Politik menjadi extreme kerana "kepimpinanya" bukan kerana "Partinya". Pemimpin memiliki "etika" tetapi organisasi "tidak memiliki etika". Maka tidak tepat menggunakan istilah "etika UMNO atau etika PAS" kerana asasnya organisasi tidak memiliki etika atau tidak beretika.
.
Barisan Nasional juga tidak berertika. Tetapi Barisan Nasional boleh bertindak untuk tidak bertanding di Manik Urai. Berikan kerusi itu secara percuma kepada PAS. SEKIRANYA ada pihak yang menentang PAS, UMNO dan Barisan Nasional perlu membantu PAS. Buktikan kepada PAS bahawa UMNO lebih ikhlas, bahawa Barisan Nasional lebih ikhlas.

UMNO dan Barisan Nasional tidak pernah kata "over my dead body" kepada PAS. Orang-orang PAS berjuang kerana PAS mempertahankan "prinsip PAS". UMNO dan BN menentang PAS "kerana politik". Pakatan Rakyat bertelagah dengan Pakatan Rakyat "kerana Prinsip". Mana yang "lebih kontoi" ; "Kerana Prinsip" atau "Kerana Politik".

Soalnya PAS kena juga ikhlas. Ikhlas lebih membawa berkat dari menyimpan bersusun lipat prasangka kiranya ada. UMNO-PAS tak banyak prasangka. Pakatan Rakyat esp DAP-PAS amat tebal prasangkanya terutama di mata rakyat Malaysia.

Manik Urai sebaiknya dijadikan medan perundingan PAS-UMNO demi negara yang tercinta ini. Najib, Nik Aziz, Muyihidin Yassin, Haji Hadi Awang... Please.. Tinggalkan catatan sejarah yang indah buat anak-anak dan generasi akan datang bahawa "kepentingan negara, bangsa dan agama" mengatasi kepentingan politik. Kerana sesungguhnya UMNO (BN) dan PAS hanya berbeza "kerana politik". Ketepikanlah perasaan "ego" masing-masing agar pengikut-pengikut masing-masing juga mengenpikan ego politik mereka yang merugikan Bangsa, Agama dan Tanahair.
.
Setahu saya yang kerdil ini, sejarah merekodkan bahawa PAS sebenarnya lahir dari "tulang rusuk" UMNO. Carilah kebenaran sejarah itu.

Doa, Salam dan Permintaan dengan sebenar-benarnya meminta dari LIZA.
DUN Manek Urai: BN wajar tanding, kata Nik Aziz

5 comments:

PEMUDA PAS KEMAHANG 1 said...

Tok Guru Nik Aziz sudah berbuih mulut bagitau semua rakyat Malaysia, "KALAU UMNO LAKSANAKAN ISLAM SEPENUHNYA (BUKAN AMBIL SEPARUH-SEPARUH SPT SEKARANG), MAKA BELIAU ORANG PERTAMA AKAN ISYTIHARKAN DIRI MASUK PAS, DAN ARAHKAN PAS DIBUBARKAN DAN SEMUA AHLI SOKONG UMNO"

Rasanya apa yang dikatakan Tok Guru itu adalah jelas sejelas jelasnya. Kalau betul Umno ikhlas, terima saja syarat itu. Kenapa susah sangat Umno nak terima Islam sebagai dasar? Kenapa susah sangat Umno nak jadikan Quran dan Hadith sebagai tonggak dan rujukan?

Sebagai Pejuang Islam, itulah kehebatan Tok Guru. Dia tidak syaratkan Kereta Merc mata belalang, tidak syaratkan jawatan Perdana Menteri, tidak syaratkan Mahligai Air Mata di Putrajaya, tetapi meletakkan syarat Islam sebagai asas perpaduan.

Kini bola dikaki Umno. Kalau betul ikhlas untuk perpaduan Melayu, ayuh buktikan sekarang. Ubah dasar dari perkauman, nasionalis, sekular kepada Dasar Islam yang diperjuangkan PAS selaras dengan Quran.

Atau kalian semua hanya mewariskan satu retorik perpaduan dan perjuangan melayu kepada anak cucu.

Minta siarkan komen ini kalau anda benar-benar cintakan perpaduan.

ikhlas dari kami:
Pemuda PAS Kemahang 1
www.pemudakemehe1.blogspot.com
email: pemudakemehe1@yahoo.com

Senjaliza said...

Assalamualikum Pemuda PAS Kemahang 1. Di sinipun ada kampung namanya hampir sama - Kg. Kimihang, Ranau. Aman dan sejuk udaranya.

Kata anda: Tok Guru Nik Aziz sudah berbuih mulut bagitau semua rakyat Malaysia, "KALAU UMNO LAKSANAKAN ISLAM SEPENUHNYA (BUKAN AMBIL SEPARUH-SEPARUH SPT SEKARANG), MAKA BELIAU ORANG PERTAMA AKAN ISYTIHARKAN DIRI MASUK PAS, DAN ARAHKAN PAS DIBUBARKAN DAN SEMUA AHLI SOKONG UMNO"

Kata saya: " POINT YANG PEMUDA PAS KEMAHANG 1 YANG TAK ULAS IALAH KEBERADAAN DAN KERJASAMA PAS DALAM PAKATAN RAKYAT TERUTAMA DENGAN DAP. Umum tahu mereka juga menolak "Islam sepenuhnya" dan tidak juga "melaksanakan Islam sepenuhnya" malah amalan Islam mereka lebih sedikit kalo BUKAN kerana amalan Islam PAS; dan UMNO mengamalkan Islam lebih dari AMALAN ISLAM Pakatan Rakyat Tanpa (tolak) amalan PAS. Kiranya Amalan Islam PAS dicampur Amalan Islam UMNO bukankah lebih HEBAT. Saya amat menghargai komen Pemuda PAS ini.

Anak X-PKR said...

Saya lihat Pakatan Rakyat yang "Berhati DAP" dan DAP yang "Berhati DAP" memang tak boleh duduk sebumbung dengan PAS. Kenyataan ini BUKAN kenyataan Perkauman kerana MIC dan MCA dan Gerakan berada dalam BN dengan aman. DAP sahaja yang membawa "Sikap Ganas" dalam politik. Lihatlah keganasan mereka di DUN Perak sampai naik meja dan menunjuk pada dunia akan sikap itu.

pro muqabalah said...

Selagi pas bersekongkol dengan kafir harbi seperti dap dan hindraf tak perlulah ada penyatuan antara pas dan umno. pas sanggup memaki hamun, mencaci maki saudara satu agama satu bangsa tetapi mereka berpeluk bercium berkasih sayang dengan kafir harbi. perak adalah contoh pas hanya lebih mementingkan undi dan kuasa daripada prinsip perjuangan mereka yang asal. semua itu berlaku apabila pas mula mengikut telunjuk dapa dan anwar.

Yang lebih penting adalah Hj. Hadi, Nasharuddin, Harun Din dan sewaktu dengannnya mesti kembalikan perjuangan asal pas. perjaungan menegakkan Islam. nik aziz sudah terpesong daripada perjuangan kerana mengikut telunjuk husam yang jadi pengikut totok anwar.

ISLAM tidak sesekali boleh bercampuraduk dengan kafir, zionis dan yahudi tetapi Melayu adalah ISLAM.

Xpro LTTE said...

Pemuda PAS Kemahang, Tanamlah kelapa sawit, daunnya hijau-warna kegemaran anda. Tunggu taukee bawa "roket" beli buahnya. Kalo tak laku buahnya makkal sakti boleh heret tong todi di ladang mu. Kering tong dia bakal ambil keritamu jual kat junkyard. You lawan dia BUNUH.