Translate

Wednesday, February 3, 2010

Rapuh dan merapuh. Syabas Blogger UBN dan PPC.(Panglima Perang Cyber)

 

Article 2.
  • Everyone is entitled to all the rights and freedoms set forth in this Declaration, without distinction of any kind, such as race, colour, sex, language, religion, political or other opinion, national or social origin, property, birth or other status. Furthermore, no distinction shall be made on the basis of the political, jurisdictional or international status of the country or territory to which a person belongs, whether it be independent, trust, non-self-governing or under any other limitation of sovereignty.
  • Nothing in this Declaration may be interpreted as implying for any State, group or person any right to engage in any activity or to perform any act aimed at the destruction of any of the rights and freedoms set forth herein.

Keadilan ditegakkan di Mahkamah BUKAN dijalanraya, di tepi banguan atau di tempat dan pentas awam dengan ceamah yang rapuh lagi merapuh. The Universal Declration of Human Right telahpun menetapkan bahawa "no distinction shall be made on the basis of the political..". 

"The law is the law". Rukun Negara telah menetapkan "Kedaulatan Undang Undang" yang menepati piawaian Pengistyiharan Human Right antarabangsa oleh PBB.

Kes SODOMI II telahpun dibawa ke Mahkamah Malaysia. Mana-mana usaha yang cuba menghalang untuk kes ini diadili dan dihakimi di Mahkamah, adalah bertentangan dengan Prinsip "The Decration of Human Right".

Sesuai dengan Article 2, Deklarasi ini, no distinction shall be made on the basis of the political.. Maka pengamal politik yang rapuh lagi merapuh semestinya menjauhkan diri dari menggunakan berahi politik mereka untuk membuat keputusan peribadi. Jika tidak dapat menjauhkan diri dari membuat "perkiraan politik mengenai Kes Sodomi II, "Tutup mulut politik" dan jangan membelakangkan Deklarasi ini semata-mata memenugi impian merampas Puterajaya.

"Syabas kepada Blogger UBN dan yang sewaktu dengannya kerana terus "meraungkan dan melaungkan" agar keadilan untuk ditegakkan di Mahkamah BUKAN di jalanraya"

Usaha terdesak tanggguh! tangguh! tangguh sudah cukup mencederakan. Langkah Politikal Strategist PKR, Tian Chua, yang mengatakan “The nation is about to go on another round of agony and humiliation,” bila menyatakan pendiriannya berkait Sodomi II yang dibawa ke Mahkamah adalah bertentangan dengan Article 2 The Deklarasi Of Human Right PBB. Begitulah Tian Chua yang pernah melakukan kisah "take the law on his own teeth" .

Mengheret PM, DS Najib Tun Razak dan Isterinya DS Rosmah Mansor adalah "strategi politik". Juga tidak selari dan tidak selaras dengan tuntutan keadilan Deklarasi PBB mengenai Universal Human Right kerana usaha ini dilihat sebagai "Usaha Politik yang rapuh lagi merapuh". ingatlah "no distinction shall be made on the basis of the political..".

Nyatalah kini di hadapan mata kita Rakyat Malaysia, Saiful Bukhari Azlan  mampu tersenyum lebar di Mahkamah sedang yang tertuduh terpaksa melindungi wajahnya dengan spek mata hitam, sesuatu yang ganjil dan jarang dalam amalannya dan budayanya. Barangkali melindugi airmata sejuta penyesalan?. Mana mungkin bangkai gajah mampu ditutupi dengan daun sireh!

Tian Chua,.Don't take the law on your own teeth. Take it to the court. dan JANGAN ADA USAHA untuk menyelewengkan fakta deklarasi ini sesuai dengan Article 30.

-noreen PJ.  mahkamah hari ini

RELATED
1.MYSTERY: Anwar si Ayam Pencen resah rancangan tak menjadi
2.Air mani Anwar Ibrahim di Dubur Saiful....
3.Yang "horneymoon" di Taiwan Mengejar MP BN Bawa Banner Masuk Mahkamah

PAS lebih percaya Tian Chua dari Hakim Mahkamah Tinggi Malaysia?.

 Hari Pertama DSAI dimahkamah. Spek dia cunn ler. Masih berusaha untuk tangguh tangguh tangguh.  Ramai melihat bahawa tindakan itu mencederakan kredibilitinya sendiri dalam kes ini.

Rakyat Malaysia kini harus lebih berhati-hati dan lebih bijak menelaah dan menganalisa fakta. SL sudah merasakan bahawa Rakyat Malaysia sudah muak dengan permainan politik yang memutar belit fakta dan menyelimuti kebenaran.

Penulis dalam Harakah Online Wong Choon Mei (kata sahabat saya dah ade pula penulis DAP dalam Harakah!) merujuk Tian Chua (PKR) yang mengatakan “The nation is about to go on another round of agony and humiliation,”. Alahai Tian Chua. baru jee kena hukum "mengiggit polis" dah pandai putar belit. Kenapa tidak biarkan mahkamah menjalankan perbicaraan? Kita nak ikut Hukum Rimba Tian Chua kee? TC nak angkat kaki atau nak main kipas punggung ni hah?

Kenapa pula DS Najib Tun Razak yang merasa malu dengan Kes Sodomi II ini, Najib kee yang  dituduh melakukan sodomi. Laa otak teruk..Patutlah PKR ditinggalkan pemimpin dan penyokongnya. Jomm Tinggalkan PKR lagi. Bukankah Kes Sodomi I, Mahkamah memutuskan bahawa Sodomi telah dilakukan. Mahkamah telah memutuskan yakni ""Judges Confirmed Evidence On Anwar’s Homosexual Activities" Apa kaitan Najib dengan kerja sodomi orang lain?

Rakyat Malaysia sudah mula sedar dan bijaksana. Mereka sudah tidak alpa lagi dengan isu hurah hurah. Bagaimana hendak membandingkan Anwar Ibrahim dengan Aung San Suu Kyi, Pemimpin Pro-Demokrasi Myanmar. Suu Kyi menang dalam pilihanraya dan menuntut keadilan untuk mentadbir, mendemokrasikan Myanmar. DSAI tak menang pilihanraya tapi nak merampas Puterajaya dan menggoda MP BN dengan mengatakan "He has the Number" WHERE IS THE NUMBER DATO SERI?. Sedikitpun tiada persamaan antara DSAI dengan Suu Kyi. Jauh. Su Kyi di Negara yang ditadbir JuntaTentera manakala Malaysia ditabir mengikut Demokrasi. Saya yakin Suu Kyi lebih suka dengan sistem Malaysia sekarang ini dari sistem  yang diamalkan di negaranya sendiri.

Wong Choon Mei juga menulis "Un-Islamic, where are the 4 witnesses?". Ini Qazaflah nie. Rakyat Malaysia sedar mengenai hukum ini.  Tak perlu Wong tanya. Tapi kita tanya Wong, Kalu nak buat sodomi ini nak bagi 4 orang tonton kee? kalo buat juga tapi tak ada 4 orang tonton jadi halal kee?

Wong juga mengetengahkan UN Human Rights Commission guidelines which define a fair trial as one where both defense and prosecution have access to the same key evidence". SL sarankan Wong baca balik apa yang dirujuk. UN cakap "FAIR TRIAL". UN tidak cakap fair WITHOUT TRIAL", kerana langkah sebenar pasukan pembela DSAI ialah menjurus kepada NO TRIAL. Nak tanya Rakyat Malaysia, bijakkah Wong ini sehingga boleh memutar belitkan fakta UN?. Bukankah mahkamah sudah memutuskan bahawa semua evidences itu akan dibekalkan dalam mahkamah apabila dalam perbicaraan BUKAN di luar mahkamah tanpa perbicaraan. Wong tak iktirafkah Undang-Undang Dalam Negara Malaysia ini?

Apa yang saya faham ialah pendakwa dan pihak Saiful Buhari Azlan juga kena membuktikan bahawa Anwar telah memasukKan XXXXX dalam XXXXXnya. Kedua-dua yang mendakwah dan yang didakwa kena membuktikan pertuduhannya betul atau salah dan para hakim menilainya "without reasonable doubt" melalui keterangan. Soalnya Tangguh..Tangguh...Tanggguh dengan sendirinya telah mencederakan kredibiliti DSAI dalam kes Sodomi II ini.

Apakah jika YB. Shahrizat Abdul Jalil yang Perdana Menteri, maka Shahrizat juga akan dipersalahkan mengenai kes sodomi orang lain atau Jika DR. Syed Azman Syed Nawawi yang Perdana Menteri maka dia juga dipersalahkan ke atas sodomi orang lain?. Takkan "Pukul Curi" orang lain Najib yang dipersalahkan!!. Tak adillah macam tu...

Akhir sekali SL nak ingatkan Wong dan TC, (takut  mereka ini terlupa,) ...........HAKIM-HAKIM DI MAHKAMAH ITU BUKAN KAMU BERDUA, . Jadi, janganlah pandai-pandai buat keputusan.

-noreen pj

RELATED
1.HARAKAH ONLINE: Najib slammed for unfair, un-Islamic trial against Anwar BY WONG CHOON MEI

Tuesday, February 2, 2010

Tembok yang Merkah hendak di Bina Goyong Royong melalui Perhimpunan Haram

 
Gotong Royong Nak Bina Tembok Pecah Melalui Perhimpunan Menjijikkan! Apa lagi yang PKR ingin buktikan kepada rakyat Malaysia secara keseluruhan jika di Negeri termaju dan terpesat di Malaysia mereka telah gagal mentadbir urus?

Tembok Pakatan semakin hari rapuh semakin rapuh. Penggunaan demonstrasi sebagai meraih sokongan sudah tidak berupaya lagi mengabui mata rakyat. Perbezaan Idelogi yang mengancam Pakatan sudah tidak lagi berupaya disembunyikan di bawah carpet. Pembangkang di tiga buah negeri, tidak termasuk Kelantan, sudah hampir membakar jambatan perhubungan seperti Dr. Jeffrey membakar Jambatan dengan PKR di Sabah.

Bulan yang putih sedang gerhana di Penang, Selangor dan Kedah setelah malap di Perak. Bulan Sabit pula diselaputi mendung. Jika semuanya malap, roket akan terbang sendirian membawa misinya.

Di Selangor, ketidak rasa hormatnya PKR kepada MP Kuala Selangor yang sedang sakit telah membawa kepada kepada jatuhnya MB Khalid Ibrahim sebagai Ketua Cabang PKR Kuala Selangor. Pertama kali dalam sejarah politik Negara, Seorang MB dijatuhkan sendiri oleh ahli-ahli partinya sendiri sedang dia smasih berkuasa. AJK PKR kawasan itu memberi alasan "HILANG KEPERCAYAAN dan KEYAKINAN" terhadap pimpinan MB sendiri. Kalut memang kalut. Kekalutan di Kuala Selangor ini adalah ekoran dari gerakan PKR IJOK yang menyatakan alasan yang sama yakni HILANG KEPERCAYAAN dan KEYAKINAN" kepada MB. Bagi rakyat Malaysia, peristiwa ini cukup jelas menggambarkan kegagalan PKR secara keseluruhan memandangkan Selangor Negeri yang terkaya dan terpesat membangun di Malaysia tetapi gagal ditadbir urus oleh Pakatan Rakyat.

Apa lagi yang PKR ingin buktikan kepada rakyat Malaysia secara keseluruhan jika di Negeri termaju dan terpesat mereka telah gagal?

Di Pulau Pinang LGE bersikap seperi "lipas kudung" dan diktator membersihkan penempatan dan kawasan perniagaan Kaum India dan Melayu. Formula orang DAP dikaliskan peraturan dan undang-undang sedang diperhebat di Pulau Penang. Manakala orang Melayu dan India terus meratapi nasib mereka yang kehilangan rumah tempat berlindung keluarga dan gerai tenmpat berniaga mencari rezeki yang halal. Seolah-olah bagi LGE, orang luar Penang, sudah tiada esuk baginya lagi. Seperti LGE menyedari bahawa kekuasana Pakatan Rakyat hanya sementara dan bakal expire pada bila-bila masa terutama menjelang PRU13.

Maka, tidak hairan bila Datuk Zaharin Hasyim mengatakan LGE chauvinist, diktator dan bersifat komunis. Kenyataanya pula disokong oleh wakil rakyat Nibong Tebal Tan Tee Bing yang mengatakan LGE memang Berat sebelah. Berat sebelah DAP lah maksudnya. Berikutan  itu, Zaharin meminta kepimpinan PKR supaya hubungan PKR dengan DAP dikaji semula. Kenyataan ini tidak jauh bezanya dengan kenyataan Karpal Singh yang meminta DSAI Bertaubat!

Di Selangor, tindakan menghukum Khalid Abdul Samad, MP Shah Alam, dan memberi amaran kepada Dr. Hassan Ali, Pesuruhjaya PAS Selangor, hanya kelihatan sebagai  tindakan "to please" DAP. PAS sanggup menghukum pemimpinnya kerana semata-mata menjaga hati DAP.

Di Negeri Sabah dan Sarawak, PKR tidak perlu bermimpi lagi. dalam PRU Sarawak . PKR Membuang masa. Mereka sudah ditolak terlalu awal. Pemimpin yang tegar tidak pernah kalah dalam PRU, .Jawah Gerang telah kecundang di tangan pendatang baru meskipun PKR berjaya mengajar anak-anak kecil yang tidak faham politik untuk menyanyi lagu reformasi dan altantuya.

Penggubah lagu altantuya pula berada di Mahkamah menghadapi Kes LIWAT II.

Azan Ismail, Selaku MP Indera Mahkota, merangkap Timbalan Pengerusi 2 PKR Negeri Pahang pastinya lebih tahu kenapa dia meletakkan jawatan dalam PKR. Rakyat tahu Fauzi Abdul Rahman Pengerusi  Perhubungan PKR Pahang, sama seperti  yang YB Zul kata terhadap Zaid Ibrahim , "Sampah UMNO". Alasan Azan sama HILANG KEPERCAYAAN dan KEYAKINAN" terhadap pimpinan PKR.

Saya tak perlu cakap mengenai Kelantan. Sudah cukup banyak isu sehingga Pemimpi UMNO, Tengku Razaleigh terpaksa turun dan datang membantu. Kadar Jenayah di Kelantan pula meningkat antara yang tertinggi di Malaysia. Itu sudah cukup mencalar imej Negeri Serambi Mekah. Saya nak skip "cahketing"..Sukar difahami.

Nah, HILANG KEPERCAYAAN dan KEYAKINAN", HILANG KEPERCAYAAN dan KEYAKINAN, HILANG KEPERCAYAAN dan KEYAKINAN". Bukankah ini pertanda dan petunjuk jelas bahawa tembuk Pakatan Rakyat Merkah dan Tsunami mula menyerang. Jika pemimpin Pakatan Rakyat sendiri hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap pimpinan Pakatan Rakyat, bagaimana pula pendangan orang biasa dan orang kita.

Apakah Tembok yang Merkah hendak di Bina secara Goyong Royong melalui Perhimpunan Haram atau rakyat akan bertambah jijik dengan dengan perhimpunan haram itu?

Logik-"Demonstrasi Babi"

Hukum Logik "Demionstrasi Haram=Demonstrasi Babi"

Kali ini kita cerita pakai "hukum logik" mengenai Rancangan Perhimpunan Bantah Fitnah Ke-2. Awal lagi kta sudah diperlihatkan dengan banner (seperti gambar latarbelakang foto di atas). Satu perhimpunan nyata dirancang bagi "menggangu proses perbicaraan LIWAT II.

Hukum Logik: Polis Sudah Beri Amaran Jangan Sertai Perhimpunan Haram Esok kerana perhimpunan itu haram. Hukum Logiknya, "babi" itu "haram" dimakan bagi penganut agama Islam. Jika babi haram maka perhimpunan yang dirancang itu perhimpunan haram atau "Perhimpunan Babi". Oleh itu bila diulas mengikut Hukum Logik, amaran polis itu bermaksud "Polis sudah beri Beri Amaran Jangan Sertai Perhimpunan Babi Esok".

Undang-undang negara ini mestilah dihormati oleh setiap rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan "social order" yang bertamaddun. Demonstrasi akan merugikan wang rakyat dan menjejaskan pendapatan rakyat yang menjalankan perniagaan di sekitar lokasi demonstrasi. Siapa yang bertanggungjawab membayar ganti rugi?. Jika ianya bertujuan untuk mencari pengaruh dan publisi SL kira ianya hanya akan "meningkatkan kebencian rakyat terutama di saat Pakatan Rakyat sedang dilanda Tsunami Politik, merugikan dan membazirkan harta benda awam dan rakyat bertambah muak.

Kalau dulu demonstrasi ISA mendesak  supaya kes dibawa ke Mahkamah. Logiknya, kenapa sekarang sudah dibawa ke mahkamah masih lagi nak berdemonstrasi?

Lebih jauh dari itu, SL melihat bahawa usaha pihak tertentu mengadakan Perhimpunan Babi ini pada ketika perbicaraan sedang berlangsung, sebagi usaha unyuk "disrupt" proses menegakkan keadilan dan kedaulatan undang-undang di negara ini. Kita tidak lagi hidup di zaman jahililiah atau zaman batu. Mengapa mahkamah yang berusaha membuat keputusan demi keadilan kita perlu pengaruhi? Tiadakah peruntukan undang-undang bagi menghukum mereka yang 'distrupt' proses keadilan ini? Jika ada, ayuh hadapkan mereka ke mahkamah!

Sesungguhnya "Demonstrasi Babi" amat menjijikkan.

-noreen PJ

SI KECUT VS BUDAK KECIK. TAK PROTECTED KEE?

 DSAI dimakhamah pagi ini. Tak kan kecut menghadapi si budak kecil yang berani dan firm!,Apasal kecut, ada guilty concern kee?
 Si Kecut VS si Budak Kecik!. Perumpamaan Melayu-"Berani Kerana Benar, Takut Kerana Salah"

Last minute pun nak minta tangguh juga kee?. Dah dalam mahkamah nak minta tangguh lagi.?  Pandai Tango napa nak minta tangguh? Tak heranlah kalu rakyat Malaysia panggil dia "Si Kecut". Kenapa terlalu takut sangat menghadap pengadilan?. Peribahasa Melayu, Takut kerana salah berani kerana benar. Budak Saiful pula lebih berani. Sorilah Saifu, u memang BUKAN budak lagi tapi ada pula orang tua  yang bersikap seperti "budak-budak".

Perbicaraan DSAI dalam kes LIWAT II terpaksa ditangguhkan lagi kerana barisan peguambela DSAI bergegas ke Puterajaya konon memohon agar  perbicaraan ditangguhkan. Sebagai rakyat Malaysia yang ingin melihat keadilan dilaksanakan tanpa gangguan, SL merasakan bahawa usaha seperti ini menggangu urusan mahkamah". Kenapa ditangguh-tangguh lagi sedangkan ianya sudah beberapa kali ditangguh. Mahkamah sepatutnya tidak lagi tunduk kepada "proses melengah-lengahkan perbicaraan' bagi menentukan keadilan ssebenar dilaksanan. Sudah lebih dari cukup masa diberikan kepada barisan pembelaan tetapi kenapa urusan mahkamah masih diganggu?.

Kes LIWAT II yang sepatutnya dimulakan pagi ini, ditangguhkan lagi sehingga 2.30 P.M. Bukankanhini tambah membuatkan rakyat berpandangan negatif bahawa DSAI kecut menghadapi Saiful. Apakh tanggapan Rakyat sudah tidak dihiraukan kerana DSAI juga protected? Pengiring DSAI dilaporkan seramai lebuh kurang 50 oran. Dikatakan keberkurangan penyokong ini ada kaitan dengan krisis PKR sejak akhir-akhir ini dan implikasi dari tangguh-tangguh yang tidak bertempat!

DSAI dan penyokongnya hanya berani berhujah dipentas kempen tetapi KECUT dimahkamah keadilan. Mahkamah inilah sebenarnya "Makhamah Rakyat" BUKAN mahkamah jalanan.


Memang DESPERADOlah ni! Takkan tahu tango jee!!

-noreen PJ. 

RELATED
1.MISTERI NUSANTARA - MENGAPA ANWAR TAKUT SANGAT NAK MENGHADAPI PERBICARAAN SEBENARNYA???
2, Sodomi-ii-lawyer-juga-sudah-letih. 

"Buat apa saya nak tarik balik kenyataan yang betul?"

  
Inikah yang membuat mereka yang merasa seperti Tuan Tanah Kedaung  "Protected"?
"Uncle Lim, Memang macam tu kee didik anak-anak?"

Sebenarnya DAP tak kalis. Kalis itu "perasaan mereka saja". Merela merasa potected" oleh sesetenganh kumpulan balaci yang kecanduan politik sehingga hanya menilai rasional politik sehingga khayal dan bermimpi "puterajaya". Adakah dalam mimpi itu ada episod mengkapankan Rakyat Malaysia dan memperdagangkan anak-anak Melayu dan Pribumi?

Semalam Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng mengkritik Ketua Menteri Pulau Pinang sebagai seorang yang "berat sebelah". Kenyataan ini menyokong penyataan Zaharin Hasyim bahawa KM Pulau Pinang Lim Guan Eng bersikap Diktator, chauvinist dan berfikiran komunis.

Zaharin sekali lagi mengulangi pendiriannya. "Buat apa saya nak tarik balik kenyataan yang betul......Saya cakap perkara yang berlaku, bukan yang direka... jadi tak perlu nak tarik balik, saya bukan hipokrit," katanya.

Nak tanya Rakyat Malaysia yang empunya kerajaan Malaysia ini, "orang berat sebelah, diktator, chauvinist dan bersikap komunis serta protektor Tuan Tanah Kedaung,  layakkah menjadi penntadbir negara ini?

Monday, February 1, 2010

Double Z atau ZZ Dirujuk Kepada Lembaga Disiplin PKR. Pemimpin DAP Kalis.

 
DAP MAD. Kekalisannya jangan dicabar!
Pemimpin DAP Kalis kritikan. Tak boleh disentuh. Pemimpin DAP semua betul.. Pemimpin DAP semua kalis isu, kalis kesalahan, kalis kritikan. DAP untouchable! Orang lain semua salah. Hatta kes sekecil-kecil gambar DAP Ronney dimanipulasi dan di siarkan UNSPINNER dalam blognyapun tak boleh. DAP buat lapuran polis. Polispun tak boleh tanggap pemimpin DAP. Bagi DAP polis adalah "anjing-anjing kerajaan". Dik kerana kekalisan DAP ini, ahli-ahli Pakatan Rakyat mestilah patuh kemahuan dan kehendak DAP. Kalo tidak DAP akan tahan peruntukkan. Nanti program PAS atau PKR tak jalan!. DAP mesti remain KALIS dan kekalisannya mesti "protected".

DAP boleh rascist, DAP boleh maki hamun kerajaan, Polis, SPRM, SPR, Badan Kehakiman,. Rela; malah DAP boleh "besyarah" dalam upacara keagamaan Islam, merentat merantai, menghujah Firman Allah SWT. Malah DAP menghina "Bangsa Melayu dan Pribumi" dengan bebas dengan mempersoal hak dan keistimewaan orang Melayu dan Pribumi yang termaktub dalam Perlembagaan Negara.

Kenapa DAP terlalu besar kepala?. Tanya Penulis "Sayapun Anak Melayu Juga", Tanya PAS dan tanya PKR. Mereka lebih tahu jawabnya sebagai "orang dalam".

Terkini, Pertama: Zahrain Mohd. Hasim dirujuk kepada Lembaga Disiplin PKR. Barangkali Zaharin sedikit terleka LGE itu DAP yang kalis!. Tuduhan Cauvanist, Diktator dan Komunis juga berat walaupun tuduhan Zaharin ada asasnya kerana dia "orang dalam". Dia lebih tahu sebagai orang dalam. Masakan dia perlu dituduh keterlaluan!. Masakan rakyat Malaysia lupa LGE mahu mambawa Cheng Peng balik ke Malaysia. Masakan rakyat Malaysia tidak mampu membaca tujuan tersirat Malaysian Malaysia yang gagal diterima dan ditukar Middle Malaysia. Sekurang-kurangnya menepati amalan "sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit". Gagal dengan Malaysian Malaysia, guna middle Malaysia ASALKAN dapat 2/3 Parliment Malaysia?

Kedua, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PKR, Datuk Zaid Ibrahim bakal dihadapkan kepada lembaga disiplin kerana mengkritik parti. PKR, yang dianggap tidak tegas mengambil tindakan terhadap Ahli Parlimen Kulim Bandar-Baharu, YB. Zulkifli Noordin.

Nah. Lihatlah Zaharin dan Zaid atau double Z @ ZZ, Mereka TIDAK KALIS. Mereka bukan DAP. Freedom dan liberty mereka dikunci dan bakal dikunci dengan ketat. DAP juga ingin mengunci mulu Zulkifli Noordin. Apakah Double Z bakal menjadi triple Z?

Di mana BATU NISAN kebebasan bersuara dalam Pakatan Rakyat? Apakah sudah terpadam "spirit of freedom and liberty" dalam perjuangan PR?

Sunday, January 31, 2010

PRU Sarawak: Mata Kenyalang Terang. Daya Ingatannya Baik. Ape, Cawat?

Pakai Cawat engkau kate? Agi idop agi ngelaban! Kamik biasak kata'  Wahi Guru Gerai Nyamai.

YAB Perdana Menteri mengatakan bahawa Krisis politik parti pembangkang serius dan BN tiada kaitan dengan krisis tersebut. Orang DAP Pulau Pinang pula sudah mula membalas "scud poitik" PKR yang berbunyi CM Pulau Pinang, LGE, "diktator dan komunis" dengan alasan bahawa pemimpin PKR Pulau Pinang itu "mengamuk" kerana tidak diberi kelulusan untuk mendapat konsesi pengurusan Padang Golf. Ini bereti perang scud politik dalaman Pakatan Rakyat akan berterusan. memang serius seperti kata PM.

Siang-siang lagi Pakatan Pembangkang Bercelaru Dan Hilang Arah Tuju, Kata Penganalisis Politik tanahair, Dr P. Sivamurugan, Pensyarah sains politik di Universiti Sains Malaysia. Kenyataan ini sukar disangkanl apabila Pengerusi Penaja Pakatan Rakyat Malaysia, Datuk Zaid Ibrahim sendiri terlibat dalam krisis kepimpinan dalam parti, PKR.

Kedatangan YB Tengku Razaleigh Hamzah dalam gagasan 100K yang berkait dengan isu royalty minyak Kelantan BUKAN lah modal besar kepada Pakatan Rakyat. Ianya lebih kepada "sokongan persaudaraan" kepada PAS dan rakyat Kelantan. Siapa tahu bahawa Ku Li akan dapat membina semula jambatan kepada Kerajaan Perpaduan yang dimusnahkan PKR dan DAP?

Dalam masa Pakatan Rakyat berkrisis, Sarawak pula sebuk dan bakal terlalu sebuk dengan rancangan pembanguan luarbandarnya. Baru baru ini Sarawak mendapat RM3.7 Billion untuk Pembangunan Luar Bandar di bawah peruntukan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang diumumkan oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal semasa majlis perjumpaan rakyat di Kampung Noor Islam di Kuala Lawas.

Selang sehari selepas pengumuman Shafie itu, Suruhanjaya Piliharaya Malaysia-SPR pula mula membuat persiapan PRU Sarawak. nampaknya "mata kenyalang cukup terang". Berikutan itu, arahan sudah diberi supaya SPR negeri berkenaan membuat persediaan terutama merangka anggaran bajet terutama membabitkan aspek logistik,"-Pengerusi SPR.

Sebagai Rekod, PRK di Batang Ai, PKR memilih Jawah Gerang bekas orang kuat BN yang tidak pernah kalah dalam piilihanraya selama lima penggal berturut-turut. Mmanakala BN memilih pendatang Baru, Malcom Mussen Lamoh, seorang jurutera. Harapan PKR telalu tinggi namun orang pilihannya yang tidak pernah kalah selama lima penggal kecundang. Majoriti Malcom-BN sebanyak 1,854.

Setelah kalah, Portal berita Malaysiakini pada 11 Julai 2009 melaporkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyalahkan kekalahan pembangkang pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Batang Ai disebabkan pengundi yang memakai cawat dan tidak "reti" mengundi dengan betul.

So, Kita nak ingatkan, Kenyalang selain terang matanya, daya ingatannya juga baik. Pribumi Sarawak yang merasa terhina dengan jolokan "CAWAT" sudah pasti menanti kedatangan pembangkang dengan satu lagi "pengajaran" baru. Pengajaran dari pribumi Sarawak yang terkenal mempertahankan maruah bangsanya. Agi Idop Agi Nealaban!

-Dari Bujang Senang 
 
RELATED