Translate

Monday, March 15, 2010

Generasi Muda: Politik Konfrantasi Dilelong.

Semasa era PRU 12 dan selepas PRU 12 hingga kini, apakah gambaran yang baik yang pernah DSAI uar-uarkan tentang negara ini?

Suara politik DSAI adalah suara Politik Konfrantasi. Dalam semua ucapan politik DSAI di seluruh pelusuk tanahair, hanya pembuka kata dan salam mukadimah sahaja yang tenang dan halus didengar. Selebihnya adalah gendang perang yang disulami dengan bahasa-bahasa tajam yang menggambarkan bahawa negara kita yang tercinta ini adalah negara yang gagal dalam serba serbi.

Dalam semua acara, DSAI menyatakan bahawa kononnya penyelesaian kepada kegagalan negara kita yang kita cintai ini ini hanyalah satu; Anwar Ibrahim mestilah jadi Perdana Menteri. Jika tidak , jadilah dia seperti cobra; attack..attack attack. Bagaimanapun DSAI sudah lupa correct! correct! correct! kerana sudah ramai opponent kepada idea DSAI yang mampu membalas dengan perkataan korek, korek, kerek. Korek apa?..korek lubang? lubang apa ..entahlah!

Apapun yang dikatakan oleh pemimpin Pakatan Pembangkang masa ini semuanya berkisar dan diselaputi oleh "nawaitu politik" dan bersulam nafsu merampas Putrajaya. Golongan elite politik pembangkang sudah memberikan gambaran bahawa negara kita mengamalkan sistem babrok dan negara menjadi mundur dalam serba serbi. Seterusnya negara kita sudah gagal dalam serba serbi. Sistem kehakiman, pihak keselamatan, keadaan ekonomi negara, penjawat awam, badan-badan kerajaan, badan-badan bukan kerajaan, NGO terutama yang pro kerajaan semuanya diwarnakan HITAM oleh Pakatan Pembangkang. Najib-Rosmah tentunya dilihat pembangkang terlalu hodoh!!. Apakah Anwar dan Kit Siang itu handsome sangat?

Di hadapan kita terbentang beberapa perkara: Sodomi II, mahkamah dan hakim tidak di yakini DSAI; JK Inquest yang menyelenggara kematian Teo Beng Hock diragui Pakatan Pembangkang; Jawatankuasa Fatwa Kebangsan dipersoal keputusannya; Ketua Polis Negara dibalun; Buget Negara dipersenda: Ekonomi negara dikatakan bakal ranap; Demokrasi negara ini zalim...Apa lagi? semua serba rosak dan tak kena di mata pembangkang. Lalu yang sempurna Pembangkang?

Lebih malang lagi bila sesuatu keputusan dicapai di Mahkamah tetapi tidak menyebelahi "desire" Pakatan Pembangkang, ianya dikatakan TIDAK ADIL. Ianya cuma ADIL bila keputusan mahkamah menyebelahi pembangkang!. Apa sebenarnya yang ingin dihidangkan kepada rakyat? Jika orang-orang politik berperangai buruk seperti yang disebutkan, mereka sebenarnya memberikan gambaran yang SALAH kepada rakyat. Konfrantasi politik benar-benar melelong maruah negara.

Kita jangan lupa, golongan elite dan generasi muda yang hari ini kelihatan sebagai "smart observers" yang masih "silent". Mereka TIDAK MAMPU dibohongi. Mereka adalah sebahagian besar modal dan harta intelek negara  hari ini dan pada masa akan datang. "Politicians come and go". Namun generasi muda bakal memikul tanggungjawab memimpin negara. Mereka yang terlalu ghairah memberikan gambaran yang buruk tentang negara ini dan systemnya, pasti akan menerima padah yang meranapkan impian mendaki Putrajaya. Tersungkur atau disungkurkan.

4 comments:

Anak X-PKR said...

Generasi Muda /golongan muda sudah siap sedia menenggelamkan Pakatan Pembangkang @ Pakatan pengkhianat.

Penipuan mereka sukar ditutupi dengan manisnya kata-kata DSAI atau dengan ilmu TGNA yg sudah hilang bisanya..

Anwar Cobra sudah patah...

Suri Rumah said...

JAMPI SERAPAH ANWAR TIDAK LAGI BERBIASA. LOMPAT JEE LAJ. Ridzi kata 10 bakal melompat...

"Kita berterima-kasih dan menghargai khidmat beliau, dan saya katakan bahawa kita bagi sokongan kepada Menteri Besar Kedah untuk membuat penyesuaian yang beliau fikir perlu. Penguguran Tan Wei Shu tidak bermakna kita tidak berpuas-hati dengan khidmatnya. Setiap individu ada peranan dan tugasannya," kata Anwar.

Lain hulu lain parang. Pakatan pembang dulu lain sekarang lain..dah nampak tanduk

Anonymous said...

wan azizah1 Tatkala kita gigih berusaha menjejak kaki ke Putrajaya, berbondong-bondong kawan muncul mengakui ingin bersama perjuangan, tetapi seraya fitnah dilancar khususnya terhadap Anwar Ibrahim buat kedua kalinya, ada kawan yang kembali menjauhkan diri.

SEKURANG-KURANGNYA DSWA mula sedar DSAI itu BUKAN malaikat atau mahaguru!

SuaraGenerasiMuda said...

Saya menyesal pangkah pembangkang PRU12 lalu. PRU13 insyaALLAH saya undi Barisan Nasional.