Translate

Wednesday, March 17, 2010

Lebih Dasyat Rupanya Dari Yang Anda Tahu.

DSAI Keluar Dewan. Dia tidak sanggup menghadapai Zaharin yang diuar-uarnya sebagai pemimpin "katak" di pentas-pentas terbuka. Kenapa DSAI tiba-tiba kecut di Dewan Rakyat?
Zaharin sudah berkerat rotan dengan DSAI, Dia kini mantan sahabat karib yang terkini. Berapa ramai lagi di luar sana yang bakal menjadi mantan sababat DSAI atau mantan ahli @ penyokong DSAI?

Datuk Sei Zaharin Hasyim akan menyambung ucapannya esok. Tapi DSAI tidak akan hadir, malah dia dikatakan akan berlepas ke luar negara.

Zaharin adalah mantan sahabat baik DSAI. YB Zulkifli Noordin juga adalah rakan karib (mantan?) DSAI dan terlalu rapat dengan kelurga DSAI. Mereka berdua kini dianggap seteru oleh DSAI. Umum mengetahui Zaharin bersengketa dengan LGE. Manakala Zulkifli mempertahankan pendiriannya mengenai kalimah Allah dan mengkritik LGE. Apakah salah mereka kepada DSAI? Kenapa DSAI tergamak memecat orang yang telah berjasa kepadanya dan keluarganya samada secara peribadi maupun politik?

Apakah pula jaminannya bahawa anda dan rakan-rakan anda akan diberi muka oleh DSAI dan keluarganya semata-mata kerana anda penyokong PKR atau Pakatan Pembangkang? Apakah sumbangan peribadi anda kepada keluarha DSAI, DSAI dan politik mereka?

Apabila mendengar pendedahan Zaharin mengenai 16 September, SL bagaikan bengang dan tegamam seketika.  Sampai begitu jauh sekali DSAI mengheret penyokongnya ke lembah dusta.

Lihatlah dan bayangkan dasyatnya pembohongan ini:-

-Yang Dipertuan Agong sedang menunggu di istana untuk mendapatkan kenyataan jumlah Ahli Parlimen Barisan Nasional yang melompat (30 orang) bagi dibolehkan pihak pembangkang bentuk kerajaan. Katanya Yang Dipertuan Agong juga dikatakan kononnya merestui Anwar jadi Perdana Menteri keenam.

-”Kami disogok cerita kononnya Panglima Angkatan Tentera dan angkatan tentera memberi sokongan pembentukan kerajaan oleh Pakatan Rakyat yang diketuai oleh ( Ahli Parlimen) Permatang Pauh,”
 
-Salah seorang Timbalan Speaker Dewan Rakyat juga dikatakan sudah bersiap sedia untuk istihar Anwar sebagai Perdana Menteri.

OMG. SL hanya tahu mengenai "16 September" dan "I have the number". Rupanya, pembohongan itu lebih dasyat lagi rupanya. Tapi kenapa DSAI meninggalkan Dewan ketika Zaharin sedang berucap sehingga Zaharin terpaksa meninggikan suaranya dan meminta DSAI untuk mendengar ucapannya?. Bukankah Dewan Rakyat ini TEMPAT untuk menegakkan kebenaran secara professional? Tidakkah DSAI mahu menyanggah kenyataan Zaharin?

 Related:
-Anwar “Cabut” Keluar Dewan 

6 comments:

MPP said...

Besok dikhabarkan Nuar takkan hadir ke sidang parlimen kerana terpaksa berlepas ke luar negara.

Lari tetap lariiiiii.... kekekeke..

Suara Pemuda said...

tu baru sorang yg dedah..ada lagi esok. Mana2 tukang kipas DSAI, molek dos kalu nk melompat sama

Anonymous said...

hahahahaha.....pas ni leh panggil die anwar ayam....hahahaa.....
xlame da die tue.....mesti wat citer lain py....

cabar je suh die bw g mahkamah...tgk berani ke x....

AYAM>>>>>AnwaR

batu derhaka said...

Kalau bolih dedahkan semua kegiatan Anuar didalam negara dan luar negara hanya org yg rapat dengan dia tahu kegiatan dia org muking tidak tahu org luar jangan campor biar XPKR balun Anuar sampai bogel.

Anonymous said...

nak buat cam na politik malaysia

Anonymous said...

itulah rupa insan kamil yg semua pemimpin pr khasnya pimpinan pas jilat,penipuannya cukup hebat itu baru sikit londeh lg bagi orng yang dok jilat tau perkara sebenar moga yb zahrin menjadi pendekar parlimen,bukan macam yg sorang tu takut pengecut lari tetap lari.....