Translate

Tuesday, February 9, 2010

Bukti Yang Haq Menundukkan Yang Bathil. Enough is enough.

Kira-kira 150 penyokong Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang memakai kemeja-T kuning dan tertera perkataan 'Daulat Tuanku' mengadakan solat hajat di dataran perkarangan Istana Kehakiman, pagi ini. - Foto THE STAR oleh AZHAR MAHFOF

Mahkamah Persekutuan Kekal Zambry MB Perak
For my international Friends. Please click here.[More]

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan di sini hari ini memutuskan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir kekal sebagai Menteri Besar Perak yang sah.
Keputusan ini menyerlahkan kepada rakyat Malaysia tentang yang Haq menundukkan yang Bathil. Keputusan ini sudah pasti perlu dihormati semua pihak samada yang kalah atau yang menang. Inilah ujian bagi semua kita rakyat Malaysia. Jika yang kalah tetap juga menafikan yang haq, rasanya mahkamah rakyat yang silent akan menghukum mereka. Tiada siapa yang dapat beranggapan bahawa rakyat menyebelahinya. Itu hanya retorik dan perbuatan yang dikuasai emosi tanpa perkiraan yang rasional. Jika bukan yang menghormati keputusan Mahkamah kita, siapa lagi? Jangan lupa setiap kejadian dan ketentuan adalah di tangan Yang Maha Esa. Allah SWT.

Media asing yang memutar belitkan cerita dan laporan mereka kita perlu mendalami "niat" dan nawaitu mereka yang terbuku dan tersembunyi. Kita tidak akan membenarkan mereka yang ingin menjajah pemikiran rakyat kita bermaharajalela. Enough is enough. Jangan biarkan Kemerdekaan kita dipersenda.

3 comments:

CINTA DUNIA said...

Syabas dan tahniah kepada BN Perak..Takbir !!!

Senjaliza said...

Allahu AkbarX3.

Keputusan ini menunjukkan Allah SWT memenagkan yang Haq dan menundukkan yang Bathil.

Mereka yang menggelarnya "MB Mahkamah" seolah-olah mengenepikan dan mengkesampingkan ketentuan Illahi.

Allahu Akbar.

Anonymous said...

Yg remaja kt blkg tu dpt t-shirt kuning dan RM20(dpt la belanja sekolah mggu ni) dan yg balaci kt depan tu mungkin dpt lebih sikit kot!? Waa... Kah! Kah! Kah! Kah!!!