Translate

Tuesday, February 9, 2010

"Ya Allah, Ku Pohon RestuMu".

 
Saya bersudah payah menghasilkan dan memanipulasi gambar ini suatu masa dulu, namun saya sedar adalah lebih payah menghasilkan dan membentuk perpaduan ummah yang jitu dan dikagumi di bumi tercinta ini, Malaysia. Menjadikannya satu realiti tidaklah semudah menadahkan tangan ke langit namun tetap juga ditadahkan memohon keredhaanMu Ya Ilahi.

Siapa yang dapat menafikan bahawa Masyarakat Teras negara ini secara majoriti menjadi pendokong utama PAS, UMNO dan parti-parti komponen BN di Sabah dan Sarawak yang berasakan Kaum Pribumi. Siapa yang dapat menafikan bahawa Kekuatan Politik tanahair yang consistent berada dalam linkungan BN dan PAS? PRU 11, Karpal Singh dan Klim Kit Siang telah kecundang.

SL pernah menyatakan dalam paparan lalu bahawa dalam percaturan-politik Malaysia, PAS dan UMNO adalah pemain utama. Manakala parti politik lain yang berhaluan kiri akan gerun bila UMNO-PAS dan Parti-Parti Komponen yang berasaskan Pribumi di Sabah dan Sarawak berada dalam satu bahtera perjuangan.

Bagi SL doa dan tadahan tangan ke langit yang berpaksikan Politik PAS ialah menentang UMNO. begitu juga, politik UMNO ialah menentang PAS" adalah doa yang perlu dikaji semula dengan hati yang ikhlas dan terbuka bagi membuktikan bahawa kita yang merasakan diri sebagai manusia besar adalah teramat kerdil di sisi Allah SWT.

Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata semua pihak perlu melihat cadangan Umno dan PAS berbincang mengenai isu berkaitan Islam dalam konteks yang lebih meluas jika mahu perbincangan itu direalisasikan.[di sini]

Pandangan DS Dr Khir Toyo mengenai Musyawarah dan Muzakarah perlu dilihat dari spektrum yang lebih positif. Kesedaran harus lebih tinggi bahawa DAP, untuk diharapkan berubah dari sikap perjuangan kirinya, tetap akan gagal jika PAS memberinya sokongan dan kekuatan. DAP yang dituduh sebagai pembawa masalah dalam Pakatan Rakyat hanya akan berubah bilamana ianya lemah dan sokongan terhadapnya jatuh dan merodom.

Ya Allah ku pohon restuMu, satukanlah ummah di bumi tercinta ini demi agama, bangsa dan tanahair. Fikir-fikirkanlah.

1 comment:

ISAC said...

Salam, SL.

Setuju sangat2....LKS & Karpal dah jadi "Dinosour Politik" dalam PRU 11, tapi dinosour yang dah pupus ini "hidup balik" dengan gagah dalam PRU ke 12....

Pastinya Melayu/Bumiputera/Islam kena bersatu. Kita adalah asas kekukuhan negara ini. Bila asa X kuat maka runtuhlah negara.

SL mintak tolong publishkan blog kawan di blog Puan;

http://bumiyang.blogspot.com/