Translate

Friday, February 12, 2010

DSAI BAKAL TUNDUK SETUNDUK TUNDUKNYA KEPADA DAP?.

 
TGHH, DSAI dan LKS semasa mengistyiharkan "kematian" Kerajaan Perpaduan

Dalam PAS ada orang PKR dan orang DAP. Kumpulan penyokong DSAI dalam PAS adalah roh PKR dalam PAS. Kelab Penyokong PAS adalah roh DAP dalam PAS. Dalam keghairahan politik mengambil alih kerajaan, PAS alpa dengan keadaan ini. Semua dianggap kekuatan, semua dianggap rakan dalam membentuk kerajaan!

Dalam PKR ada orang DAP dan ada orang PAS. Kumpulan yang menghayun PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat lebih bersifat roh orang PAS. Kumpulan PKR yang sering menghayun PKR sendiri sahaja lebih kepada roh DAP.

Dalam DAP tiada orang PAS, tiada orang PKR. DAP solid DAP. Privacy DAP lebih terjamin. Perencanaan politik DAP hanya berlegar dalam rumah DAP. PAS dan PKR tidak diperlukan dalam perencanaan di dalam rumah DAP ini. Ianya exclusive untuk DAP sahaja. Kerana itulah DAP sering diberi nama jolokan "KALIS" dalam Pakatan Rakyat. DAP ada "special privilege" dalam Pakatan Rakyat yang jarang ada dalam dan pada PKR atau PAS.

Sedikit masa lalu, bila Kerajaan Perpaduan diketengahkan TGHH, orang yang paling gundah gulana ialah LKS. Kumpulan yang paling "memberontak" ialah kumpulan DAP. DAP memberontak kerana PAS seakan mendapat dan menggunakan "special privilege" tanpa merundingkannya dengan DAP atau PKR. Dalam hal itu, gagasan TGHH sebagai Presiden PAS dan pengikut setianya perlu disekat.

DAP lebih beria-ia sangat untuk ianya disekat dan DSAI mestilah menggunakan segala ketangkasannya dan kepakarannya untuk mematikan idea Kerajaan Perpaduan itu. DAP perlukan ketangkasan dan skill DSAI itu sebagai pemegang watikah menyambungkan wayar PAS-DAP. Dalam hal ini, formula yang tangkas digarap DSAI ialah meyakinkan TGNA bahawa ada gerakan membelakangkannya. Ada kumpulan yang cuba memecah belahkan PAS. Maka kader-kader PKR dalam PAS diperguna untuk mengelilingi TGNA agar menolak Kerajaan Perpaduan.

Pakar-pakar motivasi dan liberalisasi pun mula memenuhi ruang Harakah Daily sehingga PAS kelihatan sebagai pengamal liberalisasi yang liberal tulin. Hatta, timbullah perkataan "Pegi Jahanamlah dengan UMNO" dan pelbagai lagi keluar dari mulut TGNA. Kesian dia kena belasah, selepas itu sedangkan dia dipagari oleh mereka yang berusaha sedaya upaya membisik dan memperinci idea, innovasi dengan bermatlamat agar pembawa dan pendokong idea Kerajaan Perpaduan itu dilemaskan. Di PRK Manek Urai, PRK Bagan Pinang mereka dipantau dan diawasi rapat sambil disekat pergerakan mereka satu demi satu.

Maka bermasalahlah TGHH dan Ustaz Nasa dengan Mursyidur Am PAS yang akhirnya dapat ditenangkan setelah DSAI, LIM Kit Siang dan Ustaz Haji Hadi Awang bersama-sama mengistyiharkan bahawa dengan resminya Kerajaan Perpaduan telah mati tanpa nisan.

Ramai yang menagisi kematian itu dari PAS dan dari UMNO dan sebahagian PKR. Tetapi kerana kepatuhan dan kesetiaan kepada pimpinan, khasnya Mursyidur Am PAS, Jasad kerajaan perpaduan terpaksa ditalkinkan. Tiada siapa yang dapat menafikan bahawa roh Kerajaan Perpaduan itu masih mengalir dalam darah para pejuang yang ingin mlihat perpaduan ummah diperkuat dan diperteguh. Mereka menyimpan rahsia yang terbuku di lubuk hati. Sesungguhnya ummah mesti bersatu untuk membina kekuatan.

Kini kita mula melihat kuntum-kuntum perpaduan ummah. TGNA dan TGHH sudah mula senada dan satu suara untuk musyawarah dan muzakarah dengan kerajaan. Kita doakan semua itu lahir dari hati yang tulus dan dibuka oleh Allah SWT. Kita akan terus berdoa. Kita kena ikhlas dan hentikan mencerca. Itupun jika kita percaya bahawa perbuatan mencerca adalah atas dorongan syaitan!

Dalam kes Sodomi II, DSAI pula dibela barisan peguam yang diketuai Karpal Singh. Karpal Singh adalah "deriver" utama DSAI dalam Sodomi II. orang yang pernah mengatakan bahawa DSAI adalah "pelaku seks luar tabii yang teruk". Orang yang pernah marah dengan DSAI dengan meminta DSAI supaya bertaubat dan meletakkan jawatan sebagai de Facto Leader Pakatan Rakyat. Dan Karpal Singh adalah Pengerusi DAP yang sudah sebati dengan faham DAP. Darah daging politik Karpal adalah DAP. Kesebatian Karpal yang pernah mengisytiharkan diri sebagai Singh is King" dengan DAP terlalu mendalam, bweakar umbi dan terlalu sukar untuk dirungkai atu diasingkan.

Dalam Sodomi II, sekali "Singh Is King" dapat menangkap "ekor" DSAI, selamanya dia akan memegang ekor itu untuk menjadi tongkat sakti, azmat bagi memutar dan "drive" DSAI ke arah mana yang dia kehendaki jika DSAI terleka. DSAI sudah menjadi individu yang vulnerable. Tidak mustahil jika DSAI dapat ditundukkan setunduk tunduknya kepada ideologi politik yang sebati dengan ketua peguamnya, dari DAP untuk DAP.

-noreen PJ

No comments: