"Saiful, engaku tunggulah bila aku jadi PM nanti!!" . Dream Is Free. Now continue dreaming!
Impian 916 bertebaran. Serpihannya bertaburan entah ke mana. Ungkapan "I have the numbers" telahpun tidak diperdulikan Rakyat Malaysia. Bagi kebanyakan semua itu adalah pembohongan politik yang maha dasyat dalam abad ini. Pakatan rakyat dilanda Tsumani. Perang dalaman PR berlaku dalam Pakatan Rakyat dan asapnya masih menutupi ruang lingkup Pakatan Rakyat. Entah, Pakatan Rakyat dapat bertahan sehingga PTU13, masih samar!. Bagaimanapun DSAI terus juga bermimpi. untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Biasalah, after all ,"Dream is FREE".
Kes Sodomi II DSAI masih menghantuinya. Malah menghantui setiap penyokong peribadinya dan penyokong Pakatan Rakyat. Paling gundah gulana ialah DAP kerana DSAI tidak dapat menumpukan perhatiannya "menjaga sambungan wayar" DAP-PAS yang selama ini hanya menguntungkan DAP. Tidak seperti dulu, bilamana DAP merasa "kerugian" bersama PAS dalam Barisan Alternatif, DAP ucapkan "adios" kepada PAS, dan PAS tidak dapat berbuat apa-apa masa itu. Apakah PAS akan dapat melakukan sesuatu jika DAP sekali lagi meninggalkan PAS dalam PR subuh-subuh esuk hari?
Keputusan siapa Menteri Besar Perak yang sah sudah diketahui. Hakim membuat keputusan 5-0. Rakyat Perak umumnya menadahkan tangan ke langit sebagai tanda kesyukuran kerana kemelut politik sudah berakhir. Nizar jamaluddin terpaksa menggigit jari. Semakin dia brontak, semakin dia dan PR akan kehilangan sokongan. Di mulutnya meminta ruang kerjasama kerajaan sah Negeri Perak (terdesak) untuk terus dapat berkhidmat kepada penyokong BUKAN rakyat secara keseluruhan. Namun di belakangnya tersembunyi "pisau belati" yang tajam dan beracun!!.
Keputusan hakim 5-0, menyebelahi TS Dr. Zambry. Umum sudah mengetahuinya. Bagi rakyat kebanyakan keputusan itu adalah wajar kerana, "simply" Pakatan Rakyat telah kehilangan "simple majoriti" di Dewan Undangan Negeri Perak. Takkan kerajaan yg mempunyai ADUN minoriti yang memerintah mereka yang memenagi ADUN majoriti!!
Aneh dan terlalu aneh serta hampir tidak ada kaitan, DSAI membuat pilihan mempaparkan kisah yang telah diputuskan mahkamah, mengistyiharkan Zambry sebagai MB yang sah,sebagai alasan bahawa Boleh Singkir PM Tanpa Undi Tidak Percaya. Inilah kemaruk yang benar-benar kemaruk asli untuk menjadi Perdana Menteri yang hanya terdapat di Malaysia!!
Ternyata memilih tajuk paparan ini menandakan ada maksud yang tersirat DSAI. Tindakan ini bagai "prelude" bahawa keputusan Mahkamah tidak akan dipercayainya. Sekurang-kurangnya memberikan kita isyarat awal bahawa apapun keputusan mahkamah mengenai Sodomi II bakal tidak diiktiraf DSAI. Katakan kepada rakyat Malaysia mahkamah mana yang diiktiraf DSAI? Mahkamah rimba? Now, DSAI can continue draming. After all, dream is free.
Related
-Pembangkang Tak Perlu Letak Syarat Jika Ikhlas-Zambry-Kena Lagi - intipatinya DAP adalah duri dalam daging PR..
3 comments:
Anak Extreme Tolak PKR awal-awal menolak PKR dan Anwar PAK LIWAT.
Kalo dia nak dream dreamlah. Dream is FREE ah aha ha h. Pak Liwat memang jadi PM Rimba!! Tapi kena balik KE PENJARA DULU! CIAN Pak Liwat.
Beragan agan nak nak jadi PM tu tak salah tapi cubalah cermin diri tu kat cermin dulu.Elok juga PR kat perak ada dewan undangan negeri kat bawah pokok jadi eloklah tu boleh jadi PM kat zoo Taiping.Kan kat sana semuanya suka BELAKANG PUSING>
Dah ada dua cadangan ' Satu PM Rimba , kedua PM Zoo Taiping.
Kena tanya JK tatatertib PR yang mana dia nak approve. Tapi seblum tu JK Tatatertib PR kena rujuk kat DAP dulu. Rimba atau Zoo Taiping. Nanti DAP hadapkan pula anda ke JK tatatertib PR. Lihatlah 3-Z, Zaharin , Zulkifli dan Zaid. Heran juga geng DAP yg cakap LGR berat sebelah dan perlu diganti tak dihadapkan ke JK Tatatertib PR. Pasal?
Post a Comment