Translate

Wednesday, February 24, 2010

Konspirasi: Malaysia Dalam Bahaya.

 
 Siapa yang kelihatan seperti pelaku konspirasi yang mengancam keselamatan negara?

Niat di sebalik serangan terhadap ekonomi negara kita pada tahun1997-1978 tidak harus dipandang ringan. Jerat tidak akan lupa pelanduk. Rakyat Malaysiapun majoriti sudah sedar dan tahu siapa di sebalik IMF dan mereka yang menjadi penyangak matawang. Kita sedar itu adalah serangan terhadap ekonomi negara dan beberapa negara Asia. Serangan itu sendiri adalah satu konpirasi untuk melemahkan ekonomi yang diharap akan membuat rakyat kita membenci dan bangun menentang kerajaan, kendatipun kerajaanlah yang bermati-matian mempertahankan negara dari ancaman musuh negara.

Jerat memang tidak lupa pelanduk. Serangan ekonomi itu walaupun berjaya ditepis dalam beberapa tahun namun ia masih meninggalkan kesan dan masih meninggalkan jentera dan kader-kadernya. Berapa orangkah yang masih muflis kerana serangan itu? Berapakah pula yang masih terpaksa merangkak kesan serangan ekonomi itu?

Media asing dan beberapa portal dalam negara masih dapat diperalat penyangak ini untuk terus menyemai bibit-bibit perpecahan dan kebencian terhadap kerajaan. Mereka sedar bahawa perpaduan yang menjadi kekuatan negara ini mesti dirapuhkan dengan pelbagai cara dan muslihat. Kebebasan media diperjuangkan konon untuk memberi laluan kepada "freedom of expression" dan "human rights". Akibatnya timbul, bukan sedikit media yang mengatakan Malaysia adalah "negara rotten", sistem perundangnnya rotten, minda masyarakatnya rotten, keselamatan awam rotten, polis rotten malaysian products rotten dan serba serbi rotten. Lebih dasyat lagi bila dikatakan apa-apa jua program pembangunan rakyat yang dilaksanakan kerajaan dicop sebagai korupsi, dan dianggap membajir wang rakyat!!!

Apakah semua itu bukan konspirasi?

Landskap politik negara yang berubah selepas PRU12, membuka ruang yang luas bagi pengerak dan pengamal budaya konspirasi ini untuk menyelinap dalam sistem pentadbiran dan minda masyarakat kita. Masyarakat kita pula bukanlah masyarakat yang "super vigilant," yang proaktif terhadap situasi yang berlaku dalam negara. Masyarakat kita ramai yang menerima dan mengamal budaya "take for granted". Apa-apa situasi yang berlaku ianya dianggap tidak serius. Oleh itu, ia bakal dapat diselesaikan dengan mudah. Persis seperti sikap "in denial".

Camputangan 50 MP Australia dalam Kes Sodomi II memang satu ancaman. Walaupun DSAI menafikan dengan bertanya "siapa yang menjemput mereka?" Ingat, "Jerat tidak lupakan pelanduk". Sebaiknya kita tanya DSAI balik, siapa yang mengupah pakar Australia, Amerika dan India untuk menyertai kes Sodomi II? Siapakah yang menemui George Soros untuk mendapatkan bantuan kewangan bagi melawan kerajaan? Bukakah Soros adalah penyangak matawang dan pendokong "pemasang jerat" yang menunggu peluang menghancurkan negara?

Kospirasi seperti ini ternyata mengancam keselamatan negara. Jika ancaman seperti ini dicongak dan dicapur dengan kegiatan survatif yang ditaja anasir asing selama ini, tidak mustahil perpaduan rakyat kita dan keselamatan negara kita terancam dan berada pada tahap berbahaya.

Andaikan, Kerajaan kita seperti Fatah dan PAS adalah seperti Hamas di Palestine. Bukankah mereka mudah dikotak katik dan dihasut untuk saling berperang antara satu dengan yang lain? Bukankah pertelingkahan Hamas dan Fatah adalah kerana hasil konspirasi? Bukankah konspirasi itu berjaya kerana adanya perpecahan sesama mereka, ummah, Palestine?

Masihkah kita terus menjadi pengamal budaya "in denial" dan "take for granted"? Bukankah tanggungjawab kita ialah mengalahkan dan menundukkan petualang durjana yang mengatakan serba serbi di negara kita ini rotten? Bukankah kewajiban kita mempertahankan negara ini dari ancama musuh dari dalam dan luar negara.

So, kenali konspirasi dan kuncu-kuncunya. Patahkan mereka dan ancaman mereka. Selamatkan Negara kita, rakyat kita, dalam 1Malaysia. Selamat berjuang.

Related:
-Anwar Ibrahim Defends Asia’s Colonial Masters by Mike Billington

4 comments:

Anonymous said...

sokong senjaliza.

joe

Anak X-PKR said...

Anwar dan kuncu-kuncunya adalah petualang negara. Rasanya dia tengah cari pasal supaya ditahan ISA dan tertangguh sikap Al Juburinya dalam Sodomi II. Dasar Pengkhianat.

Anonymous said...

Air yang tenang itu jangan disangka tiada buaya, kalau di taman buaya Tuaran ni....banyakkkk!!

Politik adalah perang propaganda dan kecerdikkan minda..siapa yang dapat gunakannya dengan bijak...akan dapat kelebihan.

Apakah anda semua tidak terfikir rentak tari anwar selama ini mengikut rentak demikian???

Anonymous said...

konpirasi demi konpirasi sukar utk d sekat. pasti ada musuh dlm selimut ,berhati2 la...