Translate

Saturday, February 27, 2010

Lawatan Presiden PKR Ke Sabah 21 Februari 2010 lalu: Jeffrey Kitingan Corner baring.


Jeffrey memanipulasi keadaan tanpa kehadiran DSAI semasa lawatan Presiden PKR ke Sabah.

Memang tidak banyak liputan media mengenai lawatan Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail ke Sabah pada 21 Februari yang lalu. mesyuarat tertutup selain penjelasan Sodomi II, ianya lebih memperincikan keadaan dan langkah-langkah terkini PKR Sabah yang sebenar setelah "proses Pembakaran Jambatan" oleh Datuk Dr. Jeffrey Kitingan selbagai tindak balas terhadap pengumuman struktur organisasi PKR Sabah yang memberikan kuasa kepada Encik Thamrin Haji Jaini sebagai Pengerusi PKR Sabah.

Sebelum ini, PKR Sabah menyaksikan kepetahan DSAI bermain catur politik dan menggunakan skil psycology politik setelah berjaya menawan semula Dr. Jeffrey dengan "pangkat". DSAI memang mahir mengenailpasti sikap Jeffrey. Ulam dicitanya, DSAI bagi dia pucuk muda. Pangkat disukainya DSAI bagi dia pangkat yang glamour. Tetapi pangkat ini di luar struktur organisasi PKR dan tidak mempunyai bidangkuasa khas yang diperuntukkan dalam manuscript PKR. Namun, nama pangkatnya amat glamour, Pengerusi Majlis Permesyuaratan PKR Sabah dan Sarawak, sehinggakan Jeffrey teruja dan melupakan "jambatan yang terbakar dan ungkapan tidak mahu diperalat pemimpin KL untuk tujuan politik mereka". Ungkapan Jeffrey itu tiba-tiba bertukar makna. Jeffrey pula bertukar warna dengan tiba-tiba, semena-mena dan semata-mata kerana pangkat glamour yang cukup bertenaga mengabui matanya pada hakikat sebenarnya.

Kepulangan DSAI selepas pengumuman Pangkat baru Jeffrey dan selepas Konvenyen Pakatan Pembangkang yang "menggiurkan", disusuli dengan kritikan pedas pemimpin PKR Sabah sendiri. DSAI dicop sebagai tidak mempunyai agenda penyelesaian jangka panjang ke atas krisis kepimpinan PKR Sabah.

Ronnie Klessan menjadi mangsa pertama yang melucutkan dirinya sebelum dilucutkan sebagai Ketua Penerangan dan Pengarah Multimedia PKR Sabah. Dia menyedari bahawa WASIAT sebenar Presiden PKR Sabah hanyalah melantik DSAI sebagai Pengerusi Perhubungan PKR Sabah dan Sarawak sebagai penyelesaian kepada kemelut kepimpinan PKR Sabah dan Sarawak yang ada.

Namun, apabila DSAI melihat keupayaan Thamrin Haji Jaini mengatur konvenyen amat menggalakkan dan di luar jangkaannya, maka kedudukan Thamrin tidak diusik DSAI. Thamrin dilihatnya "boleh deliver". Lalu sepantas kilat DSAI mendapat ilham menawarkan Jeffrey dengan pangkat yang glamour kendatipun terpaksa melanggar WASIAT Presiden. Agaknya Presiden sebagi isteri mudah dirunding!!?.

Suatu perkara yang tidak diketahui umum namun sukar disembunyikan, Dr. Jeffrey, dengan "Pangkat Glamour" yang dianugerahkan DSAI, telah menggunakan pangkat itu semasa lawatan resmi Presiden PKR ke Sabah 21 Februari yang lalu. Bagai
EPICTETOU ENCHEIRIDION, Jeffrey terus saja memperngerusikan mesyuarat PKR seperti He-Man of PKR Sabah dan mengenepikan Thamrin sebagai Pengerusi Perhubungan.

Sumber-sumber dalaman yang tidak berpuas hati dengan tindakan Jeffrey mula membuka mulut. Dilapurkan bahawa Jeffrey telah mula mewujudkan biro-biro seperti Biro Pendidikan, Biro Pelajaran , Biro Sosial dan sebagainya di bawah kawalannya. Seperti kelaziman sikap Jeffrey, dia telah melantik dengan memilih orang-orang dari kemnya, yang condong menyokongnya sahaja. Manakala mereka yang condong menyokong Thamrin, diketepikannya. Lalu, Jeffrey mempersembahkan kepada Presiden PKR akan keputusannya itu.

Bagaimanapun, sebagai Presiden Parti, Dr. Wan Azizah cepat terhidu agenda Jeffrey. lalu pula Presiden bertanya samada langkah-langkah yang diambil Jeffrey adalah atas persetujuan Ahli Majlis Tertinggi PKR Sabah. Agaknya, pada masa itulah Jeffrey "kedapatan ekornya". Tentulah AMT PKR Sabah yang hadir dalam mesyuarat itu tidak dapat mengiakan, di hadapan Presiden mereka, sesuatu yang tidak pernah mereka persetujui. Satu lagi tamparan kepada Jeffrey, pemegang pangkat glamour.

Kenapa Jeffrey bertindak melakukan sesuatu di luar kuasanya? Kenapa Jeffrey melakukan tindakan yang ultra virus kepada polisi dan dasar PKR? Apakah biro-biro lantikan Jeffrey itu masih sah? Jika tidak, apakah pandangan mereka terhadap Jeffrey dan PKR sendiri? Apakah ini tindakan provokasi Jeffrey sebagai prelude II kepada tindakan awalnya meninggalkan PKR?. Apakah kemasukan Datuk Kalakau Untol dalam PKR dirasakan sebagai ancaman kepada kedudukan semasa Jeffrey?

Jelaslah bahawa kemelut kepimpinan PKR Sabah jauh dari berakhir. Tuduhan sesetengah pemimpin PKR Sabah bahawa Jeffrey dan kemnya adalah "duri dalam daging PKR Sabah'" tidak dapat ditolak mentah-mentah. Kritikan terhadap ketidak tegasan DSAI menyelesaikan krisis kepimpinan PKR Sabah secara jangka panjang memang ada kebenarannya. Sekurang-kurangnya pandangan Ronnie Klassen, mantan Ketua Penerangan dan Multimedia PKR bukanlah sesuatu yang remeh.

28 Februari ini DSAI akan ke Tuaran, Sabah merayakan penyertaan Datuk Kalakau Untol dalam PKR, di halaman rumah Kalakau Untol. Dapatkah lagi Jeffrey menggunakan Pangkat Glamournya untuk membujuk DSAI? Atau Jeffrey akan merasa kecut kerana menyedari tindakanya semasa kedatangan Presiden yang lalu, sudah pasti telah dibisikkan isteri DSAI ke telinga suaminya. Atau barangkali dia terpaksa "toe the line" atau dipecat kerana penggantinya sedang memasuki rumah PKR Sabah?.

1 comment:

Ms Jade said...

malas nak amik tau...
lantak ler....
yang penting UMNO mesti kerja kuat to win the next election

jefry ke , anwar ke, wan azizah ke, who ever they are just a piece of crap betul tak???