Translate

Saturday, February 27, 2010

Sodomi II. Campurtangan asing, simpati atau muslihat?

 
Manakah Negara Islam yang dibantu kuasa asing dan mengalami kemakmuran dan kesejahteraan ummah tanpa cengkaman Kuasa asing itu terutama Barat?

Sebaik sahaja Hillary Clinton dilantik sebagai Setiausaha Negara Amerika, task utamanya ialah konflik di Afghanistan. Ingat apa kaya Hillary (lebih kurang) ..."..the country that we're fighting today, we financed them before...". "we fight war to protect the interest of America..." Demikian sedikit komen Hillary mengenai capurtangan ketenteraan Amerika di Afghanistan. "Negara yang kita perangi hari ini, adalah negara yang telah kita biayai sebelum ini".. "Kita berperang kena mempertahankan kehendak dan kemahuan Amerika"... Begitulah maksud kata-kata Hillary, Setiusaha Negara Amerika, isteri bekas Presiden Amerika Bill Clinton.. lebih kurang. Amerika membantu Afghanistan semasa berperang dengan Soviet Union sekadar meyekat pengaruh Soviet dibumi Afghanistan dan dikhuatiri merebak ke India da Pakistan. Tetapi setelah Soviet berundur di bumi Afghanistan, Amerika pula kini memerangi Afghanistan!!

Iraq juga merupakan negara yang pernah dibantu dan dibiayai oleh Amerika terutama ketika Iraq sedang dalam kancah peperangan dengan Iran. Senjata-senjata Amerika dan Israel mengalir ke Iraq tanpa batasan. Sumber-sumber perisikan akhirnya mendapati bahawa Iran juga menerima bekalan senjata dari Israel. Selepas sahaja Iran-Iraq berdamai, Amerika menyerang Iraq dan mengancam Iran atas desakan Israel.

Dunia telah dan sedang menyaksikan kezaliman tentera Amerika di Iraq. Pembunuhan kejam, rogol di tempat terbuka, kemusnahan harta benda awam, perampasan hak negara dan segala bentuk kemusnahan hak asasi kemanusia yang melampau dilakukan Tentera Amerika dan regim Israel di Iraq. Alasannya mudah.."mendemokrasikan Iraq dan memusnahkan weapon of mass destruction Saddam Hussien".

Iran pula kini diancam kerana ditudah bahawa Iran memperkaya uraniumnya untuk membuat Senjata Nuklear. Pakistan yang dibantu dengan kewangan dan kepakaran pula menghadapai tekanan Amerika kerana konon gagal menyekat perjuangan Taliban, malah dituduh melindungi Taliban. Seolah-olah Amerika buta tidak melihat keberadaan tenteranya yang lengkap dengan senjata dan lojistik canggih sekalipun namun masih gagal menyekat kemaraan Taliban. Apa yang hendak diperang Amerika di Afghanistan?..[di sini]

Melihat kepada campurtangan asing ini dalam Sodomi II sebenarnya tiada yang perlu kita banggakan. Mereka yang berbangga adalah mereka yang ingin melihat kemusnahan menghampiri negara kita. Camputangan kuasa-kuasa asing di negara-negara terutamanya, negara-negara Islam ternyata satu pembohongan besar yang menyimpan muslihat yang besar. Apakah bakal alasan mereka hanya sekadar menegakkan hak asasi dan kemanusiaan?

Cintailah negara kita. Jangan biarkan negara ini menjadi medan kekejaman dan kezaliman. Janganlah kita membenarkan anak-anak dan bangsa kita dirogol dan dibunuh seperti kejadian negara lain yang pernah dibantu kuasa asing. Jangan berikan peluang kepada kuasa asing yang merintis jalan-jalan untuk memenuhi kebuasan mereka. Sodomi II adalah urusan Mahkamah kita. Bela kedaulatan undang-undang kita. Bedirilah di atas nama keadilan Negara kita. dan lihatlah keadilan kuasa asing yang cuba dipacakkan di Negara kita. Ianya hanyalah sekadar membuka laluan kepada muslihat besar yang bakal menenggelamkan agama bangsa dan tanahair. Waspada. Takbir!..Allahu Akbar X3

5 comments:

Mordecai Kucai said...

Dengan melengah lengahkan perbicaraan Anwar mencari jalan untuk menyelamatkan diri dan adik botaknya.

Dia akan memberi tekanan pada mahkamah dengan tekanan dari dalam dan luar negeri.

Di samping itu resepi menjadikan negara kacau bilau tetap di teruskan.

Buat masa ini belum ada yang berhasil.

Dia mungkin malaikat pada negara negara barat yang menyokongnya tetapi Bapak Setan pada Malaysia.

Semuaga Allah menyelamatkan kita dari bala bencana yang sedang dan akan di buat oleh Dajjal Malaysia ini.

Semuga Allah juga membuat perancangan dan memberi ilham serta menyatukan kita semua dalam menghadapai bencana celaka dari manusia celaka ini.

Dia mudah melupakan Melayu dengan menumpukan kepada darah indianya tapi Melayu Malaysia adalah kebanyakannya mempunyai darah campur juga.

Celaka lah Anwar! dan celakalah kedua dua belah tangannya!

Anak X-PKR said...

Salam SL,
Kenapa kita mahu menggadai negara kerana seorang individu? Apakah jaminan bahawa DSAI mampu membangunankan negara ini seperi Tun M dan Najib?

Apakah jaminan bahawa DSAI tidak mebalas budi kuasa asing dengan mebuka ruang merka menjajah.

Kak Wan sudah cukup menderita kerana perbuatan DSAI, dia tahu segala-galanya. Sanggukan dia terus berlakun?

ISAC said...

Melayu memang mudah lupa....Lagipun Iraq, Afghanistan, Vietnam, somalia dan lain2....jauh dari kita, jadi ia mambuatkan kita alpa....

Anonymous said...

Salam,

DSAI perlukan campurtangan asing? Sebenarnye memang betul ler tu. Memang dia perlukan bantuan asing.

Saya rasa DSAI tahu, dia memang akan kena sabit salah dlm kes sodomy II, campurtangan asing ni akan menjadi lebih penting, esp kalo dia merempat di sg buloh (itupun kalo dia tak pi oversea and mintak suaka politik etc).

Campurtangan asing or bantuan asing (esp dlm bentuk wang ringgit) akan diperlukan untuk meneruskan perjuangan DSAI yg akan cuba mengkucar-kacirkan Msia. Saya rasa DSAI telah pun mengaturkan perkara2 ini atau mungkin sedang mengaturkan agenda2 sebegini. Dia hanya bule kuar dari penjara jika a) Msia dlm keadaan huru hara (anarchy), or b) diperintah oleh kroni2nyer.

DSAI akan lakukan apa saje utk menjadik pm!

Saya tak mahu pemimpin saya dari pengikut kaum nabi Luth! Nauzubillah!

pandangan 3 sen saya... terima kasih.

elyas.

Senjaliza said...

Sdr. Hahn, Anak Extreme tolak PKR, Isac dan Sdr Elyas. Terima kasih atas pendangan saudara-saudara.

Now, saya terfikir juga bahawa samasa DSAI tewas datu menag dalam kes Sodomi II, keadaan ketidak stabilan politik akan berterusan.

Saya setuju dengan pandangan Sdr. Elyas agar DSAI diberi sewaka politik sahaja seperti yang pernah diberi kepada Nawaz Sharif dan Benazir Bhutto di Pakistan.

Jika DSAI seorang pemimpin yg patriotik demi negara, bangsa dan Agama, dia barangkali perlu memikirkan langkah ini demi negara dan mengelak campur tangan asing yang bagi saya too ugly to be accepted di Malaysia.

PAS-TGHH boleh jadi mediator ke atas perkara ini. Walaupun PKR kelihatannya dalam situasi yang lemah namun kita tidak patut membiarkan perpecahan yang sedikit dimanipulasi anasir luar.