Allahu Akbar. Najib dan Yusof Qardawi: Tiada Cerita Sodomi II masa ini.
Bila ada sesuatu kes "Don't take it to your hand, take it to the court". Namun tidak dengan Sodomi II yang dibawa untuk dijaja dan dilelong seluruh ke pelusuk tanah air dan dunia sehingga camputangan dunia asing dilobi. Anehnya Saiful Bukhari Azlan, mangsa, dilarang bercakap mengenai kes yang berkaitan dengan sodomi II dan ditegah bersuara dipublik kerana kes Sodomi II sedang dibicarakan di Mahkamah.
Peguambela Sodomi II juga memohon supaya Yang Arif Hakim Mohd Zabidin Muhamad Diah yang mendengar ke ini dilucutkan tetapi DSAI gagal mengenepikannya. lalu, DSAI seolah-olah mendapat Lesen kelas A menjaja Sodomi II. Barangkali sebagai provokasi supaya mahkamah mengambil tindakan "contempt of court" dan menyebabkan mahkamah dilihat "bias" maka hakim dipohon lagi untuk dilucut atau sekurang-kurangnya barang yang dijaja semakin laris atau ditangguh-tangguh lagi. Kenapa DSAI Bebas bercakap mengenai kes yang sedang dibicarakan di Mahkamah? Adilkan ini terhadap Saiful?. Bagaimana pula kalau Saiful ditaja untuk menjaja ceritanya kepada umum di seluruh pelusuk tanahair dan dunia?
Ulamak Islam tersohor, Professor Yusof Qardawi berpesan kepada Tok Guru Haji Hadi Awang, TGHH, Presiden PAS, "Hati-hati Dengan Anwar Ibrahim" . Kenapa agaknya seorang Ulamak Besar seperti Yusoh Qardawi berpesan demikian , terutama kepada TGHH yang sepasukan dengan DSAI dalam Pakatan Pembangkang?
Benarlah dengan pesanan itu kerana kini kerana apa yang pernah dikatakan oleh Ulama Besar itu akan dijaja di pasar lelong di merata tempat, sehingga 90% off.
Promosi di SABAH sudah dimulakan pada 21 Februari lepas. Biasalah 90% off dengan iklan ini. Tanyalah SIAPA YG MAIN POLITIK KOTOR?: "
Hati ini dihiris luka pedih dan parah, bila keluarga kami diaibkan, bila suami saya seorang Islam yang tahu hokum-hakam Islam yang tahu halal dan haramnya, dia dihina diabkan, muka suami saya diconteng najis lantaran sebuah kuasa politik "kill or to be killed". Kalau BN itu kuat, kenapa suami saya dijadikan mangsa rakus politik fitnah mereka? Kenapa kita tidak jumpa dimedan politik sahaja? Kenapa main kotor?,"-Pesiden PKR.
Oleh kerana rakyat Malaysia sudah tidak percaya lagi dengan penyataan DSAI setelah kes 916 dan "we have the number" dan banyak lagi, maka DSAI berusaha SEDAYA UPAYA menggunakan pihak lain untuk bercakap bagi pihaknya. Inilah yang dilakukan DSAI berkait Sodomi II.
Di JERANTUT, Pahang: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah mendakwa bahawa beliau mempunyai satu mesej video berdurasi 12 minit daripada seorang ulama yang dihormati, Dr Yusuf Al-Qardawi yang berkata tuduhan liwat terhadapnya adalah satu pembohongan dan berniat jahat. tetapi rujuk ini "Hati-hati Dengan Anwar Ibrahim"., yang keluar dari mulut Yusof Qardawi tanpa tanpa dipengaruhi.
Kata DSAI lagi, Sodomi II itu "turut mendapat sokongan kukuh daripada kerajaan Amerika, Turki dan Qatar". Kenapa skip Australia? Adakah kerana Rakyat Malaysia sudah yakin bahawa MP 50 orang itu adalah kerana asakan dan desakan kumpulan "gay atau LGHS rights di Australia"?
Adakah adil dan satu kewajaran membiarkan Sodomi dijaja dengan begitu murah di khalayak ramai sedangkan ianya sedang dibicarakan di makamah Malaysia.? Adakah adil pihak lain cuba campurtangan dengan kes yang sedang dibicarakan di Makamah kita? Adakah benar asing lebih mengetahui kedudukan Sodomi II yang berlaku dalam negara kita dari mahkamah kita? BUKANKAH sudah pernah diajukan soalan kepada Presiden PKR dan anaknya - Di mana pihak yang tertuduh berada sewaktu mereka sedang sebuk bermesyuarat dan mengadakan program resmi; dan kenapa jawaban mereka berbeza? Pada waktu yang sama itulah tertuduh dituduh melakukan apa yang disebut Sodomi II.
Masihkah kita mahu membeli cerita yang dijual sehingga 90% off?
RELATED:
-Pembangkang cuba rosakkan integriti hakim, mahkamah
-50 MP Australia yang menyokong Sodomi II digugurkan: Dia Boleh, Kita Tak Boleh.
RELATED:
-Pembangkang cuba rosakkan integriti hakim, mahkamah
-50 MP Australia yang menyokong Sodomi II digugurkan: Dia Boleh, Kita Tak Boleh.
2 comments:
betul ke yusof qardawi pesang macam tu kat haji hadi..
jangan memfitnah bro..
Anon,
Bagus juga mengingatkan saya agar jangan memfitnah.
BACALAH: di sini bro agar bersih dihati dan terang mendung kekusutan:-
http://monazmuslim.blogspot.com/2009/01/yusof-qardawi-berhati-hati-dengan-anwar.html
Jangan cakap saya memfitnah..ITU fitnah II namanya!
Post a Comment