Translate

Saturday, February 27, 2010

Analisa DAP: hanya perlukan 40% undi Melayu untuk Perintah Melayu?

 
AWAS! Mungkin pengundi DAP melintas.

Para penganalisa politik DAP sudah mengira untung rugi PRU 13. Seakan mereka terlalu gelojoh untuk mengambilalih kuasa. Lawatan Lim Kit Siang ke Sabah sendiri meniupkan politik perkauaman. Dia bagaikan sudah tidak peduli dengan soal-soal perpaduan kaum.
Maka, Wong mencadangkan agar PR menggariskan matlamat yang lebih realistik, iaitu mengekalkan undi Melayu sekurang-kurangnya pada paras 40%, di samping melonjakkan graf sokongan masyarakat bukan Melayu kepada 75%, seandainya ingin mengambil alih kuasa kerajaan persekutuan pada PRU ke-13.
DAP seakan menafikan kewujudan ahli-ahli PAS dan sebahagian ahli-ahli PKR sebagai umat Melayu dalam Pakatan Pembangkang dengan menekankan perkiraan merendah-rendahkan, memperhitung dengan merendah-rendahkan kewibawaan pengundi Melayu sebagai variable untuk membentuk kerajaan.

Apa yang PAS perlu nilai dengan hati terbuka ialah 'kematian ideologi PAS" dalam perhitungan orang-orang DAP dalam merampas kuasa dari kerajaan menjelang PRU 13 nanti.
Perhitungan kasar Wong berdasarkan 165 kerusi parlimen di Semenanjung menunjukkan, seandainya PR memperolehi 40% undi Melayu dan 75% undi bukan Melayu, maka PR akan memperolehi 103 kerusi, dan hanya memerlukan 9 kerusi daripada Sabah dan Sarawak untuk menubuhkan kerajaan persekutuan (dengan 112 daripada 222 kerusi).
Walaupun analisa ini telah dibuat beberapa bulan yang lalu dengan menggunakan unjuran lampau, namun ianya masih menggambarkan  idelogi DAP yang sebenarnya yang tidak mudah DAP atau LKS sembunyikan.

Rakyat Malaysia perlu menilai realiti sebenar sebagai rakyat Malaysia. Tidak akan wujud kestabialan negara dimana masyarakat induk yang majoriti diketepikan hak mereka. begitupun, tiada rakyat Malaysia yang perlu dihalang untuk memajukan diri mereka dengan formula dan kaedah yang mengikut norma Malaysia. Kita tidak perlu mengimpot norma asing yang tidak sesuai dengan masyarakat kita. Kekayaan semata-mata dan merebut harta karun semata-mata tidak menjamin kesejahteraan keseluruhan rakyat Malaysia secara total. Kekayaan harta benda bukan ukuran kesejateraan.

Keruntuhan Pakatan Pembangkang sejak akhir-akhir ini adalah kerana sikap penyokong dan pendokong Pakatan Pembangkang yang lebih radikal perkaumannya. Ditambah pula dengan sikap angkuh pemimpinnya yang mengagung-agungkan sikap perkauman dan menuntut hak sesuatu kaum yang dijamin oleh perlembagaan diruntuhkan.

Kepada rakyat Malaysia, sedarilah bahawa negara ini adalah negara kita. Negara ini akan hanya bisa dihuru-harakan oleh kuasa asing jika kita mengharap bantuan mereka dan memberikan mereka laluan mudah di samping menganjung sanjung kelebihan mereka. Sikap ini mula wujud di kalangan  mereka yang mengenepikan negara ini sebagai negara yang perlu mereka dilindungi dan mereka bela. Tetapi bagi mereka yang menaruh kepercayaan bahawa negara ini adalah negara tanah tumpah darah mereka dan hidup mati mereka dan setia mereka di sini, maka sebarang manipulasi kuasa asing harus ditentang habis-habisan.

Adakah DAP sudah benar-benar mengenepikan bahawa penyokongnya tiada dari umat Melayu? atau DAP menganggap PAS hanyalah sebagai alat kerana itulah mereka hanya dihitung  sekadar dengan jari jemari dan relevansinya bersama Melayu yang lain  hanya sekadar 40%?

Apakah DAP sudah mengenepikan kaum pribumi lain dalam perkiraan mereka? Atau pribumi juga dianggap DAP sebagai tidak relevent dalam perincian mereka?

Jika demikian, barangkali DAP menyimpan "pengundi rimba" untuk menjamin kemenangan mereka dalam PRU13?

6 comments:

Anonymous said...

Selepas PRU12, DAP sudah nampak orang2 Melayu sudah berpecah 3 dan mereka cuba untuk memecahbelahkan lagi kedudukan orang Melayu dengan bantuan orang2 melayu sendiri.

Apa nak jadi dengan negara ini.Kuasa orang Melayu di hujung tanduk.

Sekiranya hilang kuasa kita dan saya nampak tak lama lagi, mungkin 2 pilihanraya lagi, maka jangan harap nak dapat balik.

Dendam orang lain dengan kita sudah lama selepas 1969. Hari ini setelah ada orang Melayu yang memecahbelahkan orang Melayu sendiri untuk kepentingan politik dan agenda sendiri maka DAP bertambah yakin untuk mereka mengambil alih kuasa kita.

FIKIR-FIKIRLAH ORANG MELAYU DI NEGARA INI

KAIZER

Unknown said...

Kadang-kadang rasa frust dgn org melayu ni. Mereka buat keputusan bkn ikut fikiran tapi ikut nafsu je. Baik yg sekolah pandai mau pun yg tak sekolah pandai. Ramai sgt yg anti establishment,benci lihat org lain senang, nak senang cara mudah dan mudah percaya dgn dongengan dan cerita-cerita yg melenakan. Tengoklah betapa org melayu percaya dgn memilih pembangkang, rasuah tak ada, pemerintahan anak beranak tak ada, cukai tak ada, tol mansuh, tender senang dapat, kekayaan melimpah ruah, harga barang turun, maksiat sifar, biasiswa tak payah bayar, peneroka tak payah byr balik pinjaman, kedai arak tutup, kilang arak tutup, kedai ekor tutup, rumah pelacuran tutup, bantuan utk org tua,dan banyak lagi lah yg sedap-sedap didengar. Nah bila dah dapat beberapa negeri, semua tak buat. Alasan kerajaan persekutuan masih BN. Apa benda ni? Tapi masih ramai org melayu nak kat pembangkang. Ingat, sekali negara jatuh ketangan orang lain, selamanya lah ia jadi begitu. Tak percaya, lihatlah singapura, lihatlah andalus, lihatlah palastine, lihatlah bosnia. negeri-negeri ini dulunya org islamnya sgt kuat, hingga tak ada siapa percaya mereka akan jatuh.

Senjaliza said...

Berita sebegini gagal diambil kira DAP.DAP ingat semua dihujung jari mereka.

Makluman!Tamparan kepada PKR(Parti Munafikin).Esok pukul 8 malam bertempat di Hotel De Palma Ampang akan berlaku lagi upacara bersejarah iaitu seorang lagi bekas ahli undangan negeri di Pulau Pinang yang meletak jawatan baru-baru ni akan mengumumkan dirinya menyertai UMNO di hadapan Perdana Menteri Malaysia.

Kita tunggu dan lihat kenyataan rasmi beliau kenapa beliau menyertai UMNO......Tunggu......

Yang pasti UMNO bertambah kuat dan PKR bertambah lemah.......
Kepada ahli-ahli PKR yang lain tunggu apa lagi.Buat apa bersongkol dengan Anwar dan sekutu-sekutunya?Buat apa menegakkan benang yang basah....Keluar segera sementara masih ada masa.Kalau tidak korang akan menyesal kerana menyokong puak-puak yang sudi membenarkan negara Malaysia dijajah.Tak nampak lagi ke?Belum apa-apa sudah ada campur tangan negara Asing dalam menentukan pentadbiran undang-undang negara......

tebing tinggi said...

Perkirannya disini ialah undi Melayu/Perbumi.
Bila kita membinchangkan undi Melayu/Perbumi kita tidak bolih lari dari hakikat keupayan UMNO menarik undi Melayu dan mengelak dari perpechan dimana undi Melayu berhijrah keparti pembagkang seperti apa yang berlaku PRU 12 dimana rata orang Melayu hilang keyakinan kapada UMNO atau dengan lebih tepat timbul kebenchian terhadap UMNO.
Pada hakikatnya rata-rata orang Melayu tidak memusohi UMNO tetapi imeg UMNO begitu rendah disebabkan gelagat dan tindak-tandok pemimpin-pemimpin UMNO disemua peringkat, diburokan lagi olih isue-isue yang dimainkan olih Melayu yang ada dibarisan pembangkang begitu meyakinkan terutama gulongan muda yang cetek dengan percatoran politik.
Keupayan Melayu untok terus menerajui pemerentahan negara terletak sepenohnya kapada sejauhmana UMNO dapat memulihkan imegnya kerana kerana umat Melayu/Peribumi tiada pilihan kedua kerana UMNO sahaja parti dominance dan tiada parti kedua Melayu/Peribumi yang dominance setakat ini.
Tengelam ke timbulnya Melayu/Peribumi berhubong kait rapat sejauh mana UMNO mampu memulihkan imegnya dimata pengundi-pengundi Melayu/Peribumi pada PRU yang akan datang.
Ingat-ingatlah UMNO ,bangsa akan menerima padahnya.

Anonymous said...

Orang Melayu Pulau Pinang..kena beringat..sekarang pun mereka bukan sahaja di perintah oleh DAp TAPI..ada lagi satu parti tu..kat bawah Johor...Melayu PKR< PAS dan UMNO kena bersatu mulai saat ini..

Anonymous said...

Ini semua salah SPR yg buat sempadan semula kawasan pilihanraya selepas PRU 1999. Pada PRU tersebut pembangkang terutama PAS memperolehi 65% undi dari seluruh orang Melayu. Hasil nya Kelantan kekal, Terengganu jatuh ke PAS dan pembangkang memperolihi beberapa dun dan parlimen di pantai barat Semenanjung, terutama di Kedah, Perak, Selangor dan Johor.

UMNO melihat orang Melayu tidak lagi menyokong BN dan kekuatan BN sebenar nya pada kawasan bercampur dimana peratusan Cina dan India agak tinggi.

Maka SPR telah di arah membuat sempadanan semula sebelum PRU 2004 dimana banyak kawasan Melayu telah di pecahkan untuk meninggikan peratusan kaum bukan Melayu di kawasan Melayu cth di Bangi yg di menangi PAS telah di gabungkan dgn Balakong untuk menewaskan PAS dan sememang nya PAS tewas pada PRU 2004 tersebut. Begitu juga kawasan - kawasan lain, kaum bukan Melayu telah menjadi kuasa penentu kemenangan parlimen dan dun akibat permainan SPR ini.

Maka pada PRU 2004 Pak Lah, UMNO dan BN telah mendapat 90% kemenangan besar yg Tun (Dr. Mahathir)sendiri tidak pernah mencapai nya semasa era kegemilangan Tun.

Dalam Parlimen, ada dibahaskan tentang rang undang - undang sepadan semula SPR ini sebagai merugikan orang Melayu untuk jangka masa panjang. Namun sempadanan semula ini telah diluluskan dengan 2/3 majoriti, yg pasti nya dari ahli parlimen BN termasuk UMNO.

UMNO / BN ingat kaum bukan Melayu akan menyokong mereka seperti selalu tapi lanskap politik negara berubah dan bukan Melayu mula menyokong pembangkang. Akibat nya PRU 12 PR menang dengan bergaya dan BN walaupun masih majoriti tapi tertekan dan kuasa 2/3 telah hilang.

Saya cukup frust permainan BN dan SPR ini dan bertambah frust UMNO sendiri yang mengarahkan SPR supaya kawasan majoriti Melayu di pecahkan demi kuasa walaupun untuk jangka masa pendek.

Nah sekarang lihat hasil permainan tangan mereka, walaupun UMNO / BN bolih memperolihi hingga 70% sokongan orang Melayu tapi kalau bukan Melayu tidak menyokong tetap UMNO/ BN akan tewas di kawasan- kawasan sempadanan semula ini.

Anon/ Kaizer di atas ada buat statement FIKIR- FIKIRLAH ORANG MELAYU DI NEGARA INI.. saya dan banyak orang Melayu lain telah lama fikir dan bentangkan dalam forum dan perbincangan supaya sempadan semula itu tidak di buat sedemikian rupa. Namum pimpinan UMNO kita yang orang Melayu ini cukup takut kawasan majoriti Melayu hanya akan memenangkan PAS dan PKR. Lagi parah akhbar berbahasa Melayu memaikan isu ini bukan untuk menentang tapi memujuk orang Melayu menerima nya dengan bahasa yang indah - indah.

Jadi siapa sebenar nya petualang Melayu ?