Translate

Tuesday, February 9, 2010

Tan Sri dr Zambry Menang: Bala Sodomi II kepada Pakatan Rakyat?

 
 International Reades [click link]-Zambry is the lawful MB, Federal Court agrees  
 
Kemenangan TS Dr Zambry Andul Kadir yang mengesahkannya sebagai MB yang sah di Makhamah merupakan tamparan hebat kepada Pakatan Rakyat, bukan sahaja di Perak Darul Redwan malah seluruh Negara dan Dunia amnya yang mengikuti rapat kemelut kerajaan Perak.

Pelbagai pihak sudah mula mengaitkan keputusan Mahkamah itu dengan Sodimi II. Ada yang menyebutnya sebagai bala awal kepada DSAI yang sedang menghadapi perbicaraan di Mahkamah.

Sesetengah pihak masih tidak dapat menerima kenyataan dengan melebelkan DS Dr. Zambry sebagai "MB Mahkamah" walaupun keputusan padu hakim mahkamah , 5-0, memberi kemenangan mutlak kepada Zambry. Seolah-olah mereka mengkesampingkan ketentuan Illahi dan terus saja mempersoalkan keputusan mahkamah yang tidak menyebelahi kemahuan dan kehendak mereka.

Kalau bukan kita yang menghargai dan menghormati kedaulatan undang-undang Negara kita, siapa lagi?. Apakah kita akan mengagung-agungkan paparan media asing yang sering memberi gambaran yang buruk terhadap sistem kehakiman kita?. Apakah kita tidak menyedari bahawa kuasa asing mempunyai agenda yang tersembunyi dan terbuku untuk melemahkan perpaduan, ekonomi dan apa juga sumber kekuatan negara kita?

Tidak syak lagi keputusan yang menyebelahi BN ini akan memberikan impak yang amat besar kepada Pakatan Rakyat. Rakyat tentu dapat mengimbas kembali bagaimana Ir. Mohd Nizar Jamluddin membalut kepalanya dengan "Bubar Dun Perak' selepas mengangkat sumpah sebagai MP Bukit Gantang Di Dewan Rakyat, yang menyebabkan dia menerima hukum gantung dua hari dari menghadiri sidang Dewan itu. Dia juga menimbulkan isu "kerajaan haram" di Perak. Apakah tanggapanya masih tidak berubah?

Sesungguhnya, jika Nizar dan pengikutnya, termasuk ADUN DAP terlalu gian dan kemaruk untuk mengadakan pilihanraya, lebih baiklah mereka menyahut cabaran MB Perak yang sah, Tan Sri Dr. Zambry Abdul Kadir, supaya mereka sendiri sahajalah yang meletakkan jawatan dan memberi laluan kepada PRK di kawasan mereka. Mendesak PRU bagi Negeri Perak adalah usaha yang sia-sia yang tidak mungkin dilayan oleh Kerajaan Perak yang sah di sisi Undang-Undang Malaysia.

Apakh keputusan Mahkamah yang menyebelahi BN dan Zambry ini merupakan pertandan awal sebagai bala kepada DSAI berkait ke Sodomi II?. Terlalu awal untuk diramal. DSAI pun tidak menghadapi sekatan khas. Dia masih berkeinginan untuk menjelajah sehingga ke luar negara. Ada yang mengatakan dia akan escape. Yang pasti, dia akan menjaja kesnya di luar negara. Namun Rakyat Malaysia amat anxious mengenai keputusan Mahkamah di Malaysia, BUKAN seperti apa yang dikatakan oleh mereka di luar negara atau media asing. Rakyat Malaysia yang cintakan kemerdekaan negara ini pasti ingin mendaulatkan Undang-undang negara ini. Sebarang camputangan asing hanya akan dilihat sebagai usaha mencampuri hal ehwal Negara yang berdaulat ini. DSAI pula semakin akan dianggap desperado sehingga terpaksa menjaja Sodomi II di mata asing.

3 comments:

Anonymous said...

Bukan susah sangat nak meramal komen2 dari puak2 PRakyat ni..:

KALAU NIZAR MENANG kes ni, (waima dengan 3-2 sekali pun..,) puak2 ni akan mengatakan :

"Sesungguhnya Allah telah menunjukkan bahawa kebatilan dan kedurjanaan BN tidak boleh diselindungi lagi. Bla..bla..bla...."

BILA NIZAR KALAH, (walau dengan 0-5 sekalipun..,) puak2 ni akan menuduh :

"Hakim kena beli.. Keadilan telah hilang dari bumi Malaysia.. bla..bla..bla...."

Aku perhatikan, ahli UMNO yang paling rendah akhlak pun tidak menyalahkan hakim apabila hakim Mahkamah Tinggi pada mulanya memihak kepada hujah Nizar semasa permulaan kes ini disebut di Mahkamah Tinggi.

Sebaliknya, pengikut/penyokong PRakyat yang dilihat punyai akhlak bagus sekalipun, sanggup menghina keputusan mahkamah..

Dasar..!

cekodokmasin said...

Laa... merak juga yang bawa kes ni ke mahkamah.. kalau daah tak percaya pada mahkamah, kenapa bawa ke mahkamah???? Giula meroyan apa...

Anonymous said...

memang setuju dgn komen2 yg ader ni.. kalo dia org menang, kebenaran terserlah, kalo kalah... mcm2 benda dia cakap sebab x puas ati...