Translate

Friday, March 5, 2010

Generasi Muda Perlu Nilai Putar Belit Ini.

  Baru beberapa jam Zaid mendoakan YB Zulkifli Noordin supaya keluar PKR, Zaid pula tuduh MP PKR "dicuri" Najib. Ketara sungguh Putar Alam. Jelas Putar Belit.
Penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim pada sidang media di kediamannya siang tadi berkata, Najib seharusnya memikirkan masa depan demokrasi negara dan bukan bertindak untuk keuntungan jangkamasa pendek kuasa Umno dan BN di Parlimen semata-mata. "Kenapa perlu kita curi sana curi sini, tak perlu lah...saya meyeru kepada perdana menteri hentikan semua ini, berikan ruang kepada demokrasi untuk hidup," katanya. more
"Berikan saya 100 orang dewasa, akan ku halau petualang di bumi ini. Dan berikan saya 10 pemuda akan ku goncangkan dunia" demikian lebih kurang pidato Bung Karno, Presiden Indonesia yang terbilang dengan pujangga perjuangannya menegakkan nasionalisma di Indonesia.

Walaupun generasi muda tidak merasakan keperitan mempertahankan negara dari kedurjanaan pengganas komunis dan penindasan imprialis, tetapi generasi mudah celik dengan sejarah perjuangan pahlawan silam yang bergadai nyawa, keluarga dan harta benda demi memerdekakan negara yang menjadi warisan generasi muda kini dan akan datang.

Generasi muda adalah pewaris kepada kempimpinan hari esok. Kemusnahan yang dilakukan kepimpinan hari ini bakal menjadi bebanan dan tanggungjawab mereka akan datang. Salah langkah pemimpin hari ini, akan menjadi hutang yang terpaksa dibayar oleh generasi akan datang.

Generasi muda adalah intelek negara pada masa akan datang. Generasi muda hari ini menonton perlakuan dan tinda-tanduk pemimpin hari ini. Mereka adalah golongan rakyat yang mampu menilai dengan lebih bijaksana. Benar mereka agresif. Benar mereka responsif. Benar mereka berani berdepan risiko. Dan benar rata-rata mereka pejuang kebenaran.

Zaid Ibrahim layak dilihat sebagai pemimpin pelapis yang sentiasa diperhati golongan muda. Namun kualiti kepimpinannya tetap dinilai dan perinci dengan ukuran para intelek muda.

Jika dalam beberapa waktu yang sengkat Zaid mendoakan Yb Zulkifli Noordin MP Kulim Bandar Baharu supaya meninggalkan PKR dan meletakkan jawatan dalam PKR, apakah justifikasi Zaid mengatakan bahawa DS Mohd. Najib Tun Razak "mencuri" semua MP PKR yang meninggalkan PKR?.

Jika Syed Hussien Ali, Timbalan Presiden PKR mengatakan bahawa MP MP PKR yang meninggalkan PKR adalah hikmah dan rahmatnyanya kerana mereka menjalani "Proses Penyucian", apa pula alasan Zaid mengatakan Najib mencuri mereka yang keluar meninggalkan PKR itu?

Wahai Pemuda Harapan Bangsa dan Pemudi Tiang Negara, nilailah dengan penuh perhatian. Gunakan keintelekan anda sekalian. Negara memerlukan penilain anda. Anda Harapan Bangsa. Anda Tiang negara: Siapa yang memutar alam? Siapa yang memutar belit? Benarkah Najib "pencuri"? Dan nilailah dengan lebih perhatian. Siapa sebenarnya ancaman dan pembunuh demokrasi negara ini?

Related:
PUTAR BELIT ANWAR MENGENAI EKONOMI MALAYSIA- baca di sini

6 comments:

PIPIT PEKEPA' said...

salam Kak SL,

kenapa kedua-dua pemimpin senior PKR ini cuba menghina intelek rakyat. Satu pihak mereka doakan MP keluar PKR. dipihak lain kata Najib yang curi mereka.

Pelik tetapi benar...

Anak X-PKR said...

Zaid ini lelaki lembut. Anwar minat kat dia sehingga diangkat Anwar menjadi Pengerusi Penyelaras PRM. AWAS KAU ZAID!

Bukan Salah BN atau Najib kalo cukup 2/3 majoriti di Parlimen Malysia dengan melompatnya MP Pakatan Rakyat ke Bebas-BN

Yang Salah.. mereka yg gagal mempertahankan MP mereka dan GAGAL meyakinkan MP MP itu dengan perjuangan PKR dan Pakatan Pembangkang.

Zaid...nama boring bagi belia hari ini.

Anonymous said...

elahhh, Zaid nipun balun NoWar dulu. La ni...anjung pula. Alahi Zaid si lelaki lembut. Bakal jadi mangsa kot!

Senjaliza said...

Salam Pipit pekepah, Anak Extreme tolak PKR dan Anan.

Zaid memang terkenal sebagai SESUMPAH DAN SAMPAH.

Dulu bukan main dia balun TGNA dan angkat kaki sama Najib. Now jadi sesumpah.

YB Zul kata Zaid "Sampah UMNO" DAP kata Zaid "Hero Melayu"

Zaid sendiri kata "Sayapun Anak Melayu Juga". Orang lain kata. rupa saja Melayu tapi semangatnya dah layu.

Zaid pujaan hati DAP. Dan sebagai lelaki lembut dia juga dipuja-puja NoWar.

Funny tengok dia kena interview sbb dia bercakap "tak confident" dengan apa yg dikatakannya. Bagaimana rakyat confident dengan perjuangannya?

keyman said...

Zaid adalah produk UMNO yang yang telah tersedar....

Anonymous said...

Nurul Izzah Binti Anwar Ibrahim dah kate..Sokongan Generasi Muda ke atas PKR dah mereka tarik balik...sbb tulah mereka ajak generasi mudah ini angkat sumpah supaya "terikat taat setia" kepada PKR dan Pakatan Pembangkan...

PKR dah abis, pupus, kontang dan sewaktu dgnnya strategi. Pasai NoWar tak angkat sumpah dulu!