Translate

Friday, February 19, 2010

SABAH PKR REVAMP? Apakah Kalakau Variable yang significant?

 
Datuk Kalakau Untol ketika mengumumkan meninggalkan UPKO dan melepaskan semua jawatannya dalam kerajaan. Ruan Haji Ansari turut kelihatan (kiri)
Kalakau claimed that although former and current Sabah leaders had done their best to defend the State's rights, the country's leadership and a number of Federal leaders appeared to be uncommitted and did not take the suggestions made by the Sabah Government seriously.  To a question, Kalakau said he had not joined any of Pakatan parties, saying "I will look into that, I will tell you when I cross the bridge." Read More
Sukar untuk dinafikan bahawa antara sebab Datuk Kalakau Untol meninggalkan perjuangannya dalam UPKO kerana ingin bertanding dalam salah satu kawasan di Tuaran, Sabah. Di Tuaram terdapat 3 kawasan DUN dan 1 kawasan MP; DUN Sulaman (UMNO), DUN Kiulu (PBS) dan DUN Tamparuli (PBS). Manakala MP Tuaran diwakili (UPKO).

Kalaupun anda bertanya kepada Kalakau tujuan itu, as a gentleman, SL percaya dia akan menjawab; "ya, salah satu, daripada banyak matlamat".

Kalakau, 55, pernah memenangi kerusi MP Tuaran atas tiket PBS dalam tahun 1986. Dalam tempoh itu sehingga 1990, Kalakau memegang jawatan sebagai Timbalan Menteri Buruh Malaysia. Bagaimanapun, dia meninggalkan PBS untuk membentuk AKAR-Angkatan Keadilan Rakyat bersama-sama Mendiang Datuk Mark Koding dan Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia (Speaker Dewan Rakyat kini). Bagaimanapun selepas PRU 1991, Kalakau kalah di MP Tuaran dan tidak pernah diturunkan untuk beranding selepas itu. Beliau menyertai UPKO pernah dilantik sebagai Senator selama sepenggal.

28 Februari ini akan menyaksikan Kalakau akan diberada di Pentas Politik PKR bersama-sama DSAI di Sabah. Pahit maung PKR Sabah akan juga akan Kalakau hadapi. Apakah Kalakau akan menjadi sebagai variable untuk revamp struktur PKR Sabah yang masih bergelumang dengan kemelut?

Sebagai seorang yang masak dengan asam garam politik, Kalakau pastinya sudah membuat perhitungan rapi. Sebarang benturan politik bersama pembangkang telahpun diperincinya. Ketika exodus berlaku dalam PKR kebangsaan dan kemelut kepimpinan PKR Sabah, Kalakau telah bersedia menghadapi risiko politik. Dia bersedia menghadapi boss politiknya di Tuaran, Datuk Wilfred Bumburing yang mengalahkan boss barunya, Tuan Haji Ansari Abdullah, dalam pertanding merebut kerusi MP semasa PRU 12.

Presiden UPKO sehingga kini belum membuat kenyataan akhbar mengenai tindakan Naib Presidennya yang meninggalkan UPKO. Datuk Dr.Jeffrey Kitingan yang tidak sealiran dengan kempimpinan PKR negeri terutama kem Ansari dan Thamrin Haji Jaini, juga belum menyatakan kata selamat datang kepada Kalakau. Barangkali terlalu awal. Bagaimanapun, yang lebih jelas, DSAI telah menyatakan akan melakukan revamp kepada kepimpinan PKR terutama calon-calon PKR pada PRU 13 akan datang, jika keadaan mengizinkan. Setidak-tidaknya Jffrey perlu ingat amaran DSAI, "patuh atau dipecat".

Apakah Kalakau akan menjadi 'variable yang signifikant" dalam menyelesaikan kemelut kepimpinan PKR Sabah?. Biarpun ada yang mengatakan "biarkan dia pergi, syukurlah dia keluar" dan kelakar", namun Kedatangan Kalakau ke dalam PKR bakal diuji.

1 comment:

ISAC said...

Apapun selamat maju jaya untuk Kalakau, orang lain semakin ramai yang tinggalkan kapal PKR yang semakin karam. Ada pulak seorang "tukang tampal" nak mencuba nasib

Terimakasih kerana linkkan ngn blog kawan.