Translate

Monday, March 8, 2010

Mentera Kit Siang: "I I Sir"-DSAI

 
LKS Ketika Berucap meniup menteranya. Nampak seperti dirasuk. Menteranya Melemaskan DSAI di Lautan Madu.

Bila Kit Siang memuji memuja, DSAI bagai terangkat dan seolah-olah tidak berpijak ke bumi nyata. Mentera Kit Siang terlalu berbisa. Apa saja yang dipinta  DAP untuk dilaksanakan DSAI, pasti jawab DSAI "I I tuan Lim. Ada apa-apa lagi?" Seperti demikianlah DSAI terkena mentera berbisa Kit Siang. Terpukau seperti berjalan tanpa roh dijasadnya.

Berikut adalah salah satu dari sejuta mentera Kit Siang yang "tertelan melintang" oleh DSAI". Bila Kit Siang meniup mentera ini, embun terus membasahi taman hati DSAI. Maka layulah ia dan berdiri seluruh bulu romanya, kuyu matanya. Lemas selemas lemasnya. Hata di kala itulah ekornya melentik dan tumbuhlah tanduk diubun-ubunnya. Matanya yang dua seakan menjadi satu, tumbuh ditengah-tengah dahinya. Bagai menjadi insan pasrah, lantas dia berkata "aku akan bawa apa jua utusanmu wahai waliku Tuan Lim kepada Tok Guru!"
“DAP komited pada satu matlamat, (iaitu) menuju ke Putrajaya. Anwar akan terus menjadi ketua pembangkang sehinggalah beliau menjadi Perdana Menteri (Pada suatu masa nanti)-Kit Siang
DSAI kini sedang berhadapan dengan isu hidup mati kerjaya politiknya iaitu Sodomi II. Tapi Kit Siang terus-menerus merasuknya dengan menuip menteranya dengan mengatakan "jika Anwar terpenjara maka semakin mudah PR menumbangkan kerajaan, jika Anwar tidak terpenjara, esuk Anwar jadi Perdana Menteri. Dengan mentera LKS ini, cairlah DSAI.
Veteran opposition leader Lim Kit Siang today predicted the Pakatan Rakyat will have an easier time at the next general election if the government jails Datuk Seri Anwar Ibrahim for sodomy....“If he is jailed, our motto will be free Anwar, vote PR!” said the DAP stalwart during the Selangor Pakatan Rakyat (PR) Convention. [di sini]
Golongan muda perlu melihat mentera LKS dengan kebijaksanaan yang bijaksana, terutama bila dia mengatakan "DAP komited kepada satu matlamat iaitu menuju Putrajaya". Oleh kerana terlalu asyik dan terasuk dengan matlamat ini, DAP sudah tidak peduli lagi dengan "setiakawan". Mulut rakan DAP dalam Pakatan Pembangkang di suap pisang, buntut mereka dikait onak. Di hadapan mereka LKS meniup mentera di belakang mereka LKS meniup sumpah dan dan berlagu tipu daya. Satu demi satu pemimpin sedar dan tidak termakan mentera LKS meninggalkan Pakatan Pembangkang. Bahtera Pakatan Pembangkang bocor besar, tetapi lakonan Puan Wan Azizah Wan Ismail berterusan setelah kenyang dengan mentera LKS. Katanya "Don't panik. we are not sinking".Tetapi air sudah memasuki bahtera PKR ke paras lubang hidung dan captainnya sedang digari, sedang dimentera. Samalah seperti puan melakonkan babak menangis dalam filem Sodom II. BTW menangis puan itu is a sign of defeat and guilt. Memanglah dia lebih tahu segala-gala mengenai tabii lakinya. Kenapa pula Karpal Singh lebih tahu dengan mengatakan laki puan "pengamal sex luar tabii yang teruk".

Mulut DSAI memang disuap pisang, buntunya memang dikait onak. Dia bagai kerbau dicucuk hidung. Dalam kes Sodomi II, dia dipagari pembela-pembela DAP; dalam Politik Pakatan Rakyat dia dipagari politikus-politkus (pakar mentera) DAP; dalam PKR dia dipagari kader-kader politik DAP. Tidur Anwar sebantal dengan DAP, mimpi mereka lain-lain. Dik kekuatan bisa mentera LKS, Anwar terus cair dan khayal dan asyik, khayal dan asyik. Sekali angin berputar dan Tsunami LKS berubah, barulah DSAI tersedar, usia telah memamahnya dan dia semakin lesu dan semakin lesu kekenyangan memakan mentera LKS. Di hujung waktu, dia akan hanya membuka mata bila mendapati muncung-muncung senapang DAP melekat di ubun-ubun kepalanya. Dan samurai hanya menanti semboyan untuk mengerat lehernya. Kala itu maruah Agama , Bangsa dan Tanahair entah di mana.

Related:
-Generasi Muda Perlu Nilai Putar Belit Ini.
-Kenyataan LKS-Ada Buaya Di Sebalik Batu 

2 comments:

Anak X-PKR said...

Salam Sdri Liza,
Apalah sangat yang dibanggakan Pakatan Rakyat yang sedang kiamat. Bocor besar selepas 2 tahun. Kini merayakan KEGAGALAN SELEPAS 2 TAHUN! Sapa tak tahu. Menutupi kegagalan ini akan membuat mereka semakin melakukan kesalahan besar. Dah salahguna harta kerajaan pula.. Biasa Khalid gagappun belu bayar hutangnya puluhan juta..

Anonymous said...

memuji memuja biasa tapi mengampu merasuah lagi teruk di mana tu tepok dada tanya selera