Translate

Saturday, March 13, 2010

PERCUBAAN BERBOHONG ANAK DIDIK DSAI dan BALACI-BALACINYA (updated)

 Bahtera dah nak sink, namun sendiwara dan pembohongan masih berleluasa. Benarkah bahawa orang yang taksub akan menelan pembohongan bulat-bulat dan masih mudah untuk terus dibohongi sepanjang zaman?

Seluruh rakyat Malaysia tahu bahawa Sodomi II tertangguh-tangguh dan tangguh lagi disebabkan angkara DSAI dan pasukan peguambelanya. Kerana itu rakyat yang perlu menyoal tertuduh, BUKAN AZMIN ALI yang menyoal  pihak lain atau Najib-Rosmah: Rakyat perlu menyoal:-  "Mungkinkah ada sesuatu yang membimbangkan pihak tertuduh maka perbicaraan itu terpaksa ditangguhkan sehingga 29 kali? Lihat statement Azmin dan balaci-balacinya:-
Mengenai penangguhan perbicaran seperti mana yang digembar gembur, Azmin menjelas yang tangguh bukan Anwar tetapi mahkamah. Misalnya sewaktu pihak peguam Anwar bersedia untuk menyoal balas si pembacuh kopi, tiba-tiba mahkamah menangguh ke tarikh lain, 23 Mac. Jadi dalam soal ini katanya siapa yang "meliwat" kes, bukan Anwar tetapi mahkamah. "Mungkin ada yang sesuatu yang membimbangkanlah maka perbicaraan itu terpaksa ditangguhkan," jelas Azmin........Mengenai perkembangan perbicaraan ke liwat Anwar ada perkembangan baru yang cukup menyakinkan bahawa tuduhan itu bohong. Salah satu ialah mengenai laporan perubatan dari tiga orang pakar dari Hospital Kuala Lumpur, mereka ialah Dr Khairulnizam Hassan, Dr Mohd Razali Ibrahim dan Dr Siw Sheue Feng. Ketiga pakar itu mengesahkan si pembacuh kopi tidak diliwat. Sepatutnya AG tidak membawa kes mahkamah. [Putar belit di sini]
Soalnya kini jika DSAI begitu yakin dengan keterangan  tiga orang pakar dari Hospital Kuala Lumpur, iaitu Dr Khairulnizam Hassan, Dr Mohd Razali Ibrahim dan Dr Siw Sheue Feng, kenapa DSAI dan pasukan peguambelanya tidak bersedia menyoal balas Saiful Bukhari Azlan? Jika pakar tempatan ini sudah terlalu diyakini DSAI, Azmin Ali dan pasukan pembelaan DSAI, kenapa mesti mengimpot 3 orang lagi Pakar Asing untuk campurtangan dalam Sodomi II? Kenapa takut ke Mahkamah jika dia yakin tidak bersalah?

Bolehkah Azmin dan balaci pencacainya tunjukkan di mana-mana negara di dunia ini mengamalkan sistem di mana pihak tertuduh menjadi hakim dalam perbicaraannya?

Penyataan Azmin dan balacinya  "bahawa ahli tidak perlu gusar mengenainya. Tiga atau empat orang keluar, tetapi ribuan yang menyertai PKR. "Biarlah mereka pergi ia tidak akan menyusahkan kita lagi!", tidak lebih dari menutupi kudis yang sedang bernanah busuk dan dikejar lalat!. Jika benar 3-4 keluar parti ribuan yang menyertai PKR, halaulah dan pecatlah lagi 3-4 orang supaya ribuan lagi akan menyertai PKR!!!. Kenapa mesti pula adakan membership drive?

Setakat ini YB YB Pakatan pembangkang yang meninggalkan perjuangan Kit Siang dan kuncu-kuncunya adalah :-

Kerusi Parlimen


  1. Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed
  2. Ahli Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng
  3. Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu Zulkifli Noordin (dipecat)
  4. Ahli Parlimen Bagan Serai Mohsin Fadzli Samsuri
Kerusi DUN
  1. Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi
  2. Adun Changkat Jering, Kapten (B) Mohd. Osman Jailu
  3. Adun Ngemah, Gabriel Adit Demong
  4. Adun Lunas, Md Radzi Salleh
  5. Adun Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah
  6. Adun Jelapang Hee Yit Foong (DAP)
Agaknya, Azmin dan pereka jalan cerita ini sudah master ilmu pembohongan yang dipelopori DSAI!. No wonder telalu banyak "iklan ubat", termasuklah super gel, dalam blog ini... Agaknya blog ini "Tukang Jual Ubat"..Mana yang lebih untung , jual ubat kee jual orang?

2 comments:

Anak X-PKR said...

Salam SL,

Bala akan menimpa bagi orng-orang yang berbohong samada menyedarinya atau tidak.

Jauhilah pembohongan.

Anonymous said...

Semenjak saiful bersumpah Laknat macam-macam bala yang menimpa Pakatan Rakyat dan Anwar Berahi:
1. Kes saman Anwar ke atas Tun M
apa jadi?
2. Anwar digelar sesumpah oleh
akhbar luar negara
3. Jatuhnya kerajaan Pakatan
Rasuah di Perak
4. Keluar sorang demi sorang
Ahli Pakatan
5. Pengedaran VCD Nuar berahi
di penjara
6. Krisis PMBK
7. Penipuan dan penindasan LGE di
Penang terhadap orang melayu
dan india
8. Khalid gagap nak guna wang zakat
selangor
9. Eli menampakkan kehitaman
bulunya diinternet
10.Isu arak di selangor yang
menampakkan kebodohan Pas
11.Isu rasuah Pakatan haram
di selangor
12.Isu kutipan hasil pasir yang
di rompak di selangor
13.Isu pembubaran PKR di Kuala
selangor
14.Isu Anwar sokong murtad Lina
Joy
15.Isu kalimah Allah yang
menampakkan Pakatan Haram
memang menyokong penggunaan
Kalimah tersebut oleh Kafir
16.Isu LGE tambah klausa dalam
kontrak boleh pecat kontraktor
pada bila-bila masa(salah guna
kuasa)
17.Isu Air di kedah yang semakin
menjadi-jadi. Terutama bila
ada kematian. Mana nak ambil
air.
18.Isu Khalid gereja sokong guna
kalimah Allah oleh gereja
19.Isu bina kuil di Shah Alam
20.Isu doa pecah perut
21. Isu penentu syurga oleh Pok
Nik(Penjaga Surga)

banyak lagi kes yang pakatan haram tak boleh settle. So kalau ada yang nak sambung di persilakan...