Translate

Tuesday, March 9, 2010

Ulangtahun Dua Tahun PR. Apa Yang Dibanggakan?

Banggakah anda dengan pencapaian ini?

Dua tahun pemerintahan di negeri-negeri yang diurustabir Pakatan Pembangkang (PR) sudah cukup lama. Sepatutnya, berlandaskan kepada menifesto yang gariskan PR sebelum PRU12, satu pencapaian yang dapat dilihat rakyat telahpun dinikmati kini. Namun apa yang jelas kita lihat ialah kebergantungan harapan yang lebih dari Kerajaan Persekutuan oleh Negeri Negeri tersebut untuk pembagunan mereka samada pembangunan fisikal dan pembangunan masyarakat.

Dari segi ketertiban sosial dan membentukan masyarakat yang sivil, ternyata PR telah gagal dengan sebenar-benarnya gagal. Sebagai organisasi yang terbentuk dari hasil semangat konfrantasi, PR hanya mampu menyemai semangat konfrontasi kepada masyarakat dalam lingkungannya. Ini satu kegagalan yang amat besar.

Walaupun PR adalah sebagai kerajaan di Negeri-negeri yang ditadbirurus PR, Pulau Punang, Kelantan, Selangor dan Kedah, namun mereka dan penyokong mereka masih mengamalkan sikap konfrontasional, seolah-olah mereka adalah pembangkang dan BUKAN Kerajaan. Tanggapan ini membuat mereka leka bertindak sebagai sebuah "kerajaan" yang perlu menghormati, menanam dan mengamalkan nilai-nilai ketertiban masyarakat sivil yang conventional dalam lingkungan mereka.

Apakah PAS merasa dirinya pembangkang di Kelantan atau kerajaan di negeri itu? Bagaimana dengan PR di Pulau Pinang, Selangor da Kedah? Apakah tanggapan ini tidak mempengaruhi tindak tanduk mereka?

Memang tidak dinafikan bahawa generasi muda adalah kumpulan yang agresif, responsif dan proaktif terhadap perubahan dan innovasi. Kerana itulah gerakan reformasi, demonstrasi menuntut kesaksamaan dan seumpamanya disertai oleh ramai generasi muda. Bagimanapun, bila akhirnya generasi muda ini menyedari bahawa mereka sekadar diperguna dan diperalat untuk tujuan politik, BUKAN perubahan dan innovasi, sokongan merka semakin menurun dan eventually akan hilang. Ini adalah benar dan selaras dengan Pengakuan Nurul Izzah bahawa Suara Generasi Muda Semakin Hilang.

Beberapa demonstrasi yang dianjurkan sebenarnya tidak banyak mengubah sistem dan pelaksanaan system. Demonstrasi Bersih, Gerakan Anti ISA, PPMSI lebih kelihatan gagal mencapai matlamatnya yang sebenar tetapi berjaya membakar semangat konfrontasional. Kerana itulah lebih tepat jika dikatakan kesemua demonstrasi besar-besaran itu adalah demonstrasi politik untuk politik.

Demonstarasi menuntut penurunana harga minyak barangkali dilihat mendesak. Tetapi benarkah kerajaan tidak akan menurunkan harga minyak bila berlaku penurunan harga minyak mentah dunia, tanpa demonstrasi itu? Bagimana demonstrasi di Perak yang mendesak kerajaan minoriti  dikekalkan yang nyata membelakangkan amalan demikrasi?
Pembentukan masyarakat sivil tidak harus dibelakangkan semata-mata kerana kemahuan politik. Majlis Ceramah Pakatan Pembangkang di Kelab Sultan Sulaiman Selangor diadakan pada 8 Mac sebagai sebahagian acara Ulangtahu ke2 PR tanpa permit. Bukankah lebih sivil jika ianya diadakan dengan mendapat permit dan pengawasan pihak keselamatan? Tetapi kenapa tanpa permit? Kenapa pengawasan pihak keselamatan tidak diperolehi?

Kesimpulannya ialah ia diadakan walaupun tanpa permit kerana sebagai provokasi yang terbit dari hasil dan norma politik konfrontasional. Sekurang-kurangnya ia dapat dijadikan isu politik murahan. Sekurang-kurangnya dapat divert perhatian rakyat dari kemelut parti pembangkang yang mengalami kemerosotan dan kelihatan tenggelam. Lihatlah hasil politiknya:-
"Ini adalah hak yang asasi dan yang dilindungi di bawah Perlembagaan Malaysia dan juga diiktiraf di bawah piagam Bangsa Bangsa Bersatu," kata kenyataan yang ditandatangani oleh Salahudin Ayub, Naib Presiden PAS, Datuk Seri Anwar Ibrahim Ketua Umum PKR dan Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP. [Selanjutnya di sini]

Dalam banyk-banyak perkembangan berkait dengan politik konfrontasional, isu perpaduan memerlukan perhatian yang utama. Perpaduan adalah isu nasional yang mendesak untuk ditangani dengan bijaksana. Kenapa di negeri-ngeri yang diperintah Pakatan Pembangkang perpaduan kaum terancam? Kenapa perpaduan kaum di Semenanjung Malaysia menjadi rumit? Apapun jawaban anda ianya tidak dapat dipisahkan dengan pergelutan politik di Tanah Semenanjung. DAP sebagai parti sosialist tidak dapat menyembunyikan keutamaanya terhadap penyokongnya dari kaum Tionghua. UMNO tidak dapat menyembunyikan keutamaannya terhadap penyokongnya dari Bangsa Melayu.

Soalnya siapa yang lebih mengamalkan toleransi antara kaum? UMNO atau DAP?. DAP tidak mungkin berjaya menyembunyikan ideologinya. Setiausaha Agungnya sudah dilebel sebagi chauvinist, diktator, berat sebelah dan bersikap seperti komunis. Lawatan Kit Siang ke Sabah telahpun meniupkan semangat perkauman dengan mengatakan "KDM" adalah terpinggir dan dipinggirkan kerajaan. Bukankah ini lebih terang dan bersuluh sebagai sikap meniupkan api perkauman? Tetapi kenapa dengan hanya menyebut perkataan "Cina", LKS dan DAPnya akan berdiri telinganya dan menuduh orang lain bersikap perkauaman?. Apapun jawaban anda ianya juga tidak dapat dipisahkan dengan politik.

SL melihat bahawa Perayaan Ulang Tahun Ke II PR hanyalah sekadar perayaan politik. Tulin Politik. Tiada sebarang pembaharuan dan pembangunan fisikal dan kerohanian yang positif yang dapat dibanggakan. Perpaduan kaum yang dilaungkan dengan Malaysia Malaysia dan kemudian diikuti dengan middle Malaysia hanyalah gambar retorik yang amat besar yang mampu dilihat dengan jelas. Tiada pembangunan positif yang dapat dibanggakan mengenai perpaduan. PR gaggal sejak dua tahun yang lalu.

Dalam pembangunan fisikal, tanpa bantuan kerajaan pusat sudah pasti pembangunan negeri-negeri di bawah Pakatan Pembangkang akan terbantut malah mundur. Jangalah cuba mengabui mata rakyat dengan statistik maya kerana mereka lebih melihat realiti.

Pembangunan ekonomi negara jauh sekali diperjuangkan Pakatan Pembangkang. Gambaran bahawa ekonomi Malaysia akan ranap yang dilakukan pemimpin Pakatan Pembangkang hanya dilihat sebagai usaha menakutkan dan menghalau pelaburan asing dari memasuki negara ini. Keadaan sebenar ialah Ekonomi Negara tumbuh positif. Berkemungkinan besar ianya lebih progresif dan pantas tumbuh jika Pakatan Pembangkang TIDAK berusaha membenamkan secara negatif ekonomi Malaysia di mata dunia.

So, apalah sangat yang dirayakan oleh Pakatan Pembangkang Sempena Ulang Tahun KeII selain perayaan politik untuk politik mereka? Bukankah mereka lebih baik melihat kebocoran dan ketirisan parti dan pakatan mereka dari mengajak masyarakat ke arah konfrontasi yang "uncivilised"?

Related:
-Kaji prestasi negeri di bawah BN, pakatan pembangkang

1 comment:

AKO TAHU said...

Yang perlu dibanggakan Selagor ialah 'MERAMPAS DUIT BA'ITUL MAL Selagor UNTUK menampung dana perbelanjaan Kerajaan Pakatan Pembangkang di Selagor yang hampir kering kontang. Penasihat Ekonomi Kerajaan Selangor pula adalah orang nyanyuk yg didik George Soros!-INILAH YANG DIBANGGA-BANGGAKAN OLEH Pakatan Keparatkan Rakyat! semepena Ulangtahu Ke-2 Pakatan Pembangkang!